Calon BN Mahkota dijangka menang besar

SEPANG 8 Sept. –  Pengerusi Muafakat Nasional (MN),  Annuar Musa menjangkakan calon Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 24 September ini.

Beliau berkata BN mampu mengulangi kejayaan diperoleh di Nenggiri bulan lalu dengan majoriti lebih besar.

Katanya , keyakinan itu hasil keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada November lalu apabila Allahyarham Sharifah Azizah berjaya merampas kembali kerusi DUN Mahkota daripada Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 5,166 undi.

Pada PRN lalu, BN menang selepas calonnya memperoleh 16,611 undi sementara PH memperoleh 11,445 undi dan Perikatan Nasional (PN 7,614), menjadikan Mahkota kubu terkuat BN, PH MADANI di Johor. Ini bermakna BN PH sudah memiliki 28,000 undi

“Apalagi dalam PRK (Mahkota) dengan segala jentera kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang sudah pun dikerahkan bekerja untuk pasukan Perpaduan MADANI.

“Dijangkakan, BN dengan mudah menambah undi mereka seperti di Nenggiri. Mungkin melebihi 30,000 undi,” katanya menerusi catatan Facebook hari ini.

Semalam, Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah sebagai calon BN bagi PRK DUN Mahkota.

Syed Hussien sebelum ini adalah antara dua nama yang disenarai pendek sebagai calon BN manakala seorang  lagi adalah Naib Ketua Wanita UMNO Kluang, Zainani Jamaluddin.

Annuar berkata, sebaliknya Perikatan Nasional (PN) bermodalkan hanya 7,000 undi pada PRN lalu.

“Ini menunjukkan lebih 20,000 undi lebih rendah daripada undi diperoleh BN-PH. Majoriti BN dalam PRK kali ini pastinya melebihi 20,000 undi dan ia manifestasi kejayaan jajaran baharu mereka bersama ‘Kerajaan Perpaduan’,” katanya.

(Syed Hussien Syed Abdullah, empat dari kiri)

Nnn

Related posts

Leave a Comment