Belum masa isytihar zon tidak selamat

KOTA BHARU 29 Ogos – Belum tiba masa untuk mewartakan tempat tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur sebagai zon tidak selamat, kata Ketua Polis Negara, Razarudin Husain. Beliau berkata, untuk berbuat demikian, pihaknya perlu mengemuka permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengisytihar kawasan itu sebagai zon bencana. “Walaupun kejadian ini bukan dianggap bencana, tindakan polis termasuk bomba dan agensi berkaitan serta Indah Water Konsortium (IWK) seolah-olah seperti bencana. “Susulan lokasi kedua mendapan dikesan, saya sudah mengarahkan laluan sepanjang 1.4 kilometer di Jalan Masjid India ke Jalan Raja…

Read More

Laporan polis dibuat Istana Pahang

KUALA LUMPUR 29 Ogos –  Laporan polis terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dibuat oleh Istana Pahang, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Anda langgar peraturan, anda terlanjur, anda yang perlu hadapinya. Jangan gunakan ini sebagai (alat) politik. Laporan dibuat. Polis ambil laporan daripada Istana Pahang. Sebelumnya, dalam kes lain oleh Istana Selangor dan diambil tindakan oleh Peguam Negara,” katanya kepada media selepas perasmian dan pecah tanah Residensi Suria Madani, di Taman Desa, di sini, hari ini. Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu semalam menyuarakan menyifatkan pendakwaan terhadap presiden…

Read More

PM Britain ajak tangani ancaman pelampau

BERLIN – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer dari Parti Buruh menggesa parti politik progresif di seluruh Eropah bekerjasama menangani ancaman pelampau sayap kanan yang semakin meningkat di United Kingdom (UK). Beliau yang melahirkan kebimbangan terhadap ancaman itu berkata, pihak populis akan dikalahkan apabila kehidupan menjadi lebih baik dan berjanji keadaan di Britain akan bertambah baik sebelum tamat tempoh pertama pentadbirannya. Britain dilanda rusuhan anti-pendatang awal bulan ini selepas serangan pisau menyebabkan tiga kanak-kanak maut, disusuli kemunculan berita palsu, penyerang itu adalah seorang pencari suaka beragama Islam. “Kita harus hidup di…

Read More

Puluhan ribu diarah pindah hadapi taufan

TOKYO – Puluhan ribu penduduk di Jepun diarah berpindah selain pihak berkuasa mengeluarkan amaran tertinggi bagi angin dan ribut di pulau utama selatan Kyushu, sebagai persediaan berdepan taufan terkuat tahun ini. Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshimasa Hayashi, berkata taufan Shanshan dijangka tiba di selatan Kyushu dengan kekuatan luar biasa, manakala angin kencang, ombak tinggi, dan gelombang ribut luar biasa dijangka turut berlaku. Angin ribut sehingga 252 kilometer (km) sejam dengan hujan lebat melanda Jepun sehingga menyebabkan syarikat kereta gergasi Toyota menangguhkan pengeluaran di semua 14 kilangnya. Di selatan Kyushu, Agensi Meteorologi…

Read More

Bersatu anggap pendakwaan terpilih

SEPANG 28 Ogos – Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu semalam menyifatkan tindakan kerajaan mendakwa Muhyiddin Yassin di bawah Akta Hasutan 1948 sebagai pendakwaan terpilih bermotif politik dan berniat jahat. Setiausaha Agungnya  Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu bagi menekan pimpinan parti Bersatu dan Perikatan Nasional (PN). Tambahan pula katanya, apabila pihak polis dan Jabatan Peguam Negara memutuskan secara tergesa-gesa untuk mendakwa Muhyiddin tanpa mengendahkan fakta dan keterangan daripada individu-individu utama yang terlibat serta memperhalusi dokumen-dokumen yang telah diserahkan. Menurut Hamzah, pertuduhan terhadap Muhyiddin sesungguhnya amat luar biasa…

Read More

Kecewa layanan segelintir pemimpin UMNO

KUALA LUMPUR 28 Ogos –  Ismail Sabri Yaakob mengakui, beliau kecewa dengan layanan oleh segelintir pemimpin UMNO yang menjauhinya ketika beliau dilantik sebagai Menteri Kanan pada Mac 2020 sehingga Perdana Menteri pada Ogos 2021. Beliau yang ketika itu Naib Presiden UMNO, tidak mendapat sokongan parti seperti yang diharapkan walaupun tidak mempunyai masalah dengan Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi dan sentiasa mengangkat suara parti dalam kerajaan. Berhadapan masalah sama sehingga kini, Ismail Sabri berkata, ketegangan dalam UMNO bermula ketika beliau dilantik sebagai Menteri Kanan, yang disifatkan tidak dijangka ketika di…

Read More

Audit Integriti di Jalan masjid India

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Audit integriti akan dilaksanakan terhadap keseluruhan sistem utiliti di Jalan Masjid India di sini selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus selesai, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan keselamatan orang ramai dan untuk mengetahui punca berlakunya kejadian mendapan di kawasan berkenaan. Katanya, audit integriti ini akan melibatkan antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Indah Water Konsortium, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Mineral dan Geosains. “Kita akan melihat apa sahaja utiliti dan keseluruhan…

Read More

Tanah mendap 50 m dari lokasi jerlus

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Indah Water Konsortium (IWK) diminta untuk memeriksa paip kumbahan di lokasi insiden tanah mendap yang berlaku berdekatan Pondok Polis di Jalan Masjid India di sini hari ini. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dr Maimunah Mohd Sharif, berkata sebagai langkah keselamatan, kawasan kejadian yang berlaku kira-kira 2.30 pagi tadi ditutup menggunakan tali keselamatan dan penghadang air. “Kami akan terus bekerjasama erat dengan IWK serta agensi lain bagi memastikan tindakan susulan yang berterusan dan menyeluruh dilaksanakan untuk mencegah kejadian serupa daripada berlaku…

Read More