Tanah mendap 50 m dari lokasi jerlus

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Indah Water Konsortium (IWK) diminta untuk memeriksa paip kumbahan di lokasi insiden tanah mendap yang berlaku berdekatan Pondok Polis di Jalan Masjid India di sini hari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dr Maimunah Mohd Sharif, berkata sebagai langkah keselamatan, kawasan kejadian yang berlaku kira-kira 2.30 pagi tadi ditutup menggunakan tali keselamatan dan penghadang air.

“Kami akan terus bekerjasama erat dengan IWK serta agensi lain bagi memastikan tindakan susulan yang berterusan dan menyeluruh dilaksanakan untuk mencegah kejadian serupa daripada berlaku pada masa hadapan.

“Keselamatan dan kesejahteraan warga Kuala Lumpur ialah keutamaan kami. DBKL akan terus memantau keadaan ini dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lokasi tanah mendap itu dikesan berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di situ

Foto DBKL & PDRM

NN

Related posts

Leave a Comment