Kerja paip SYABAS punca mendapan

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Mendapan kecil tanah yang berlaku di hadapan bangunan Ariani berhampiran Jalan Masjid India di sini, berpunca kerja baik pulih paip yang dilaksanakan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebelum ini. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan demikian susulan foto yang tersebar di media sosial mengenai mendapan kecil di kawasan tidak jauh dari lokasi tanah jerlus yang menyebabkan seorang wanita warga India terjatuh dan hilang. “Pihak SYABAS telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan kerja-kerja baik pulih mendapan akan dilakukan segera dan dijangka selesai dalam tempoh tiga hari,”…

Read More

Jerlus bukan berpunca paip pembetungan IWK

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd menegaskan kejadian tanah jerlus di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi, di sini, bukan berpunca daripada paip pembetungan awam miliknya. Dalam kenyataannya, IWK berkata pasukan operasi sudah memeriksa lokasi kejadian sebaik menerima laporan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mendapati aliran air kumbahan di jajaran paip pembetungan lancar seperti biasa. “Pemeriksaan lanjut sudah dibuat petang semalam dengan menggunakan kaedah kamera litar tertutup (CCTV) dan hasil siasatan mendapati bahawa paip dan lurang pembetungan awam dalam keadaan baik dan tiada tanda-tanda…

Read More

Henti guna lagu ABBA semasa kempen

HILVERSUM, BELANDA – Calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, diminta berhenti menggunakan lagu dan video kumpulan kugiran ABBA  semasa kempen calon Parti Republikan itu. Syarikat label rekod kumpulan itu Universal Music dalam satu kenyataan berkata, pasukan kempen Trump tidak diberi izin atau lesen untuk melakukan demikian. Akhbar Sweden Svenska Dagbladet, melaporkan lagu popular ABBA seperti “The Winner Takes It All”, “Money, Money, Money” dan “Dancing Queen” dimainkan di perhimpunan Trump serta calon naib presidennya JD Vance pada 27 Julai di Minnesota, diiringi video kumpulan tersebut. Beberapa artis, atau wakil mereka,…

Read More

Kamala Harris dahului tinjauan

WASHINGTON – Kamala Harris mendahului saingan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) dengan 45 peratus, manakala pesaingnya, Donald Trump hanya 41 peratus dalam tinjauan Reuters/Ipsos yang diterbitkan semalam. Pencapaian Naib Presiden AS dari Demokrat itu mencetuskan semangat baharu dalam kalangan pengundi yang memberikan impak kepada Trump, menjelang pilihan raya pada 5 November ini. Perbezaan empat peratus dalam kalangan pengundi berdaftar adalah lebih besar berbanding kelebihan satu mata dimiliki Kamala terhadap bekas presiden dalam tinjauan Reuters/Ipsos akhir Julai lalu. Tinjauan terkini yang dijalankan selama lapan hari hingga Rabu lalu, mempunyai margin…

Read More

Tegas, bukan lagi masa untuk kutukan

PUTRAJAYA 29 Ogos – Masa untuk kutukan kosong telah berlalu sebaliknya masyarakat antarabangsa mesti mengambil tindakan tegas dan konkrit untuk menghalang rejim Zionis Israel daripada meneruskan genosid. Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan berkata, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Wilayah Palestin perlu dihentikan. Menurut Wisma Putra, serangan besar-besaran oleh pasukan keselamatan rejim Zionis Israel ke atas bandar Jenin, Tulkarem, Tubas dan Nablus di Tebing Barat sejak 48 jam lepas, jelas melanggar undang-undang antarabangsa. Ini termasuk undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Operasi oleh rejim itu di…

Read More

Semakan semula kadar ‘on-call’

SHAH ALAM 29 Ogos – Pegawai perubatan sektor awam dijangka menerima berita gembira berhubung semakan semula kadar elaun bertugas atas panggilan atau ‘on-call’ tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata perkara itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri lalu dan mendapat reaksi positif Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan. Bercakap pada sidang media selepas majlis pelancaran Projek MyGenom di Institut Kesihatan Negara di sini hari ini, Dr Dzulkefly membayangkan perkara itu akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2025 akan datang.  Hadir sama pada majlis itu…

Read More

Projek rumah mampu milik perlu disegera

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Pembangunan projek perumahan mampu milik di ibu kota perlu disegerakan bagi memenuhi permintaan tinggi khususnya terhadap golongan B40 dan M40, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, pembangunan itu juga perlu memenuhi kriteria rakyat seperti kemudahan fasiliti termasuklah aspek keselesaan. “Kalau lengahkan kelulusan, kos rumah jadi lebih tinggi. Syarikat tidak akan rugi tetapi nak untung. Kos rasuah, kos bank semua akhirnya akan terbeban kepada pembeli. Negara tidak akan maju, kalau begini rakyat tidak akan terbela,” katanya. Beliau juga mahu kemajuan setiap projek dibentangkan secara berkala kepada…

Read More

Dr.Mashitah nafi terlibat sindiket

SEPANG 29 Ogos – Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mashitah Ibrahim menafikan penglibatannya dalam aktiviti kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar seperti yang dilaporkan media semalam. Dalam satu hantaran melalui Facebooknya, beliau mendakwa, maklumat berkenaan dikutip daripada media picisan ‘seberang’. “Kebetulan kawan saya ajak bergambar sahaja pada projek dia di sana. Saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah pada pihak yang cuba mengaitkan saya dengan fitnah ini bertujuan menjatuhkan reputasi saya.” katanya Susulan itu, beliau sudah membuat laporan dan memberi keterangan di Bukit Aman berkaitan tuduhan liar…

Read More