PM Britain ajak tangani ancaman pelampau

BERLIN – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer dari Parti Buruh menggesa parti politik progresif di seluruh Eropah bekerjasama menangani ancaman pelampau sayap kanan yang semakin meningkat di United Kingdom (UK).

Beliau yang melahirkan kebimbangan terhadap ancaman itu berkata, pihak populis akan dikalahkan apabila kehidupan menjadi lebih baik dan berjanji keadaan di Britain akan bertambah baik sebelum tamat tempoh pertama pentadbirannya.

Britain dilanda rusuhan anti-pendatang awal bulan ini selepas serangan pisau menyebabkan tiga kanak-kanak maut, disusuli kemunculan berita palsu, penyerang itu adalah seorang pencari suaka beragama Islam.

“Kita harus hidup di UK untuk menghadapi cabaran pelampau sayap kanan serta golongan populis dan nasionalis.

Terdapat beberapa sebab dalam kebimbangan saya, sebahagiannya apa yang berlaku di UK, sebahagian lagi apa yang anda lihat berlaku di negara Eropah lain, termasuk di Perancis dan Jerman,” kata Starmer yang dalam lawatan ke Jerman.

Starmer dari Parti Buruh berhaluan tengah menang besar dalam pilihan raya pada awal Julai, berdepan cabaran peningkatan ancaman pelampau sayap kanan di Eropah.

Rsuhan anti-imigresen juga menjadi krisis besar pertamanya di mana Polis Britain turut menahan lebih 1,160 orang susulan rusuhan yang membabitkan keganasan, pembakaran dan rompakan, serta serangan perkauman yang menyasarkan orang Islam dan pendatang.

Starmer berikrar untuk menangani sayap kanan dan ‘penipuan populis dan nasionalis’ melalui kejujuran terhadap masalah yang berlaku dalam negara dan cara menyelesaikannya.

Bagaimanapun tugas itu menjadi lebih sukar kerana negara juga sedang dihimpiy dengan krisis kos sara hidup dan perkhidmatan awam yang semakin merosot.

Related posts

Leave a Comment