SEPANG 28 Ogos – Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu semalam menyifatkan tindakan kerajaan mendakwa Muhyiddin Yassin di bawah Akta Hasutan 1948 sebagai pendakwaan terpilih bermotif politik dan berniat jahat. Setiausaha Agungnya Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu bagi menekan pimpinan parti Bersatu dan Perikatan Nasional (PN). Tambahan pula katanya, apabila pihak polis dan Jabatan Peguam Negara memutuskan secara tergesa-gesa untuk mendakwa Muhyiddin tanpa mengendahkan fakta dan keterangan daripada individu-individu utama yang terlibat serta memperhalusi dokumen-dokumen yang telah diserahkan. Menurut Hamzah, pertuduhan terhadap Muhyiddin sesungguhnya amat luar biasa…
Read MoreDay: August 28, 2024
Kecewa layanan segelintir pemimpin UMNO
KUALA LUMPUR 28 Ogos – Ismail Sabri Yaakob mengakui, beliau kecewa dengan layanan oleh segelintir pemimpin UMNO yang menjauhinya ketika beliau dilantik sebagai Menteri Kanan pada Mac 2020 sehingga Perdana Menteri pada Ogos 2021. Beliau yang ketika itu Naib Presiden UMNO, tidak mendapat sokongan parti seperti yang diharapkan walaupun tidak mempunyai masalah dengan Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi dan sentiasa mengangkat suara parti dalam kerajaan. Berhadapan masalah sama sehingga kini, Ismail Sabri berkata, ketegangan dalam UMNO bermula ketika beliau dilantik sebagai Menteri Kanan, yang disifatkan tidak dijangka ketika di…
Read MoreAudit Integriti di Jalan masjid India
KUALA LUMPUR 28 Ogos – Audit integriti akan dilaksanakan terhadap keseluruhan sistem utiliti di Jalan Masjid India di sini selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus selesai, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan keselamatan orang ramai dan untuk mengetahui punca berlakunya kejadian mendapan di kawasan berkenaan. Katanya, audit integriti ini akan melibatkan antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Indah Water Konsortium, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Mineral dan Geosains. “Kita akan melihat apa sahaja utiliti dan keseluruhan…
Read MoreTanah mendap 50 m dari lokasi jerlus
KUALA LUMPUR 28 Ogos – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Indah Water Konsortium (IWK) diminta untuk memeriksa paip kumbahan di lokasi insiden tanah mendap yang berlaku berdekatan Pondok Polis di Jalan Masjid India di sini hari ini. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dr Maimunah Mohd Sharif, berkata sebagai langkah keselamatan, kawasan kejadian yang berlaku kira-kira 2.30 pagi tadi ditutup menggunakan tali keselamatan dan penghadang air. “Kami akan terus bekerjasama erat dengan IWK serta agensi lain bagi memastikan tindakan susulan yang berterusan dan menyeluruh dilaksanakan untuk mencegah kejadian serupa daripada berlaku…
Read MorePakej bersama Alif bukan sekadar umrah
KUALA LUMPUR 28 Ogos – Menelusuri Sirah dan Umrah bersama duta We Express Alif Satar pada hujung tahun ini bukan sekadar menunaikan ibadah umrah tetapi juga akan diisi dengan pelbagai aktiviti di Riyadh, Al Ula, Madinah dan Makkah. Pakej 12 hari 10 malam bersama syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) itu akan berlangsung pada 17 hingga 28 Disember depan dan terhad kepada 135 jemaah sahaja. Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, pakej berkenaan bermula dari RM12,290 sehingga RM15,990 dengan diskaun sebanyak RM300,…
Read MoreBerita pilihan…
Maut akibat penyakit bawaan nyamuk
WASHINGTON – Seorang lelaki dewasa Amerika Syarikat (AS) dari bandar Hampstead, New Hampshire meninggal dunia selepas dijangkiti virus bawaan nyamuk yang jarang berlaku, ‘eastern equine encephalitis’ atau EEE. Menurut Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (DHHS) New Hampshire, pesakit itu dimasukkan ke hospital dengan penyakit sistem saraf yang teruk dan kemudiannya meninggal dunia. Jangkitan virus EEE manusia terakhir dilaporkan di New Hampshire adalah pada 2014, apabila DHHS mengenal pasti tiga jangkitan manusia, termasuk dua kematian. Jangkitan dan kematian baharu itu berlaku ketika peningkatan kebimbangan dalam kalangan pegawai di seluruh New England…
Read MoreKerangka kerjasama CIQ tiga negara
BANGKOK 28 Ogos – Kerajaan Thailand meluluskan deraf Kerangka Kerjasama Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di bawah Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT), Pelan Pembangunan Tiga Pihak (Deraf Kerangka). Timbalan Perdana Menteri, Phumtham Wechayachai, berkata deraf kerangka kerjasama itu adalah bagi menggalakkan pembangunan ekonomi antara kerajaan Indonesia, Malaysia dan Thailand. Kabinet meluluskan deraf kerangka itu dan ia dijangka ditandatangani dalam Mesyuarat Menteri IMT-GT akan datang. Katanya, objektif kerangka ini adalah untuk menggalakkan dan menyokong integrasi ekonomi; untuk memulakan aktiviti perdagangan subserantau dan memudahkan pengangkutan dalam arah yang sama, serta untuk mengukuhkan…
Read More