BANGKOK 28 Ogos – Kerajaan Thailand meluluskan deraf Kerangka Kerjasama Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di bawah Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT), Pelan Pembangunan Tiga Pihak (Deraf Kerangka).
Timbalan Perdana Menteri, Phumtham Wechayachai, berkata deraf kerangka kerjasama itu adalah bagi menggalakkan pembangunan ekonomi antara kerajaan Indonesia, Malaysia dan Thailand.
Kabinet meluluskan deraf kerangka itu dan ia dijangka ditandatangani dalam Mesyuarat Menteri IMT-GT akan datang.
Katanya, objektif kerangka ini adalah untuk menggalakkan dan menyokong integrasi ekonomi; untuk memulakan aktiviti perdagangan subserantau dan memudahkan pengangkutan dalam arah yang sama, serta untuk mengukuhkan kastam, imigresen dan kuarantin.
Menurut beliau, semua ini akan memudahkan pergerakan sumber antara negara kontrak, memudahkan prosedur kastam, imigresen dan kuarantin; menjadikan peraturan dan proses lebih telus, serta memperbaiki pengurusan rantaian bekalan.
“Ini mengurangkan kos transaksi, meningkatkan keselamatan perdagangan, dan meningkatkan kecekapan pengeluaran,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet semalam.
Beliau berkata, pergerakan rentas sempadan barangan dan orang dalam negara berkontrak akan dipermudah, mengurangkan langkah dan komplikasi dalam prosedur agensi berkaitan di bawah draf kerangka itu.
Nnn
