KOTA BHARU 24 Okt . – Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan, tidak akan menarik balik perkataan ‘munafik’ yang diucapkannya ketika mengambil bahagian membahaskan Belanjawan 2027 baru-baru ini.
Bagaimanapun Setiausaha Agung Pas itu mengambil pendekatan mengemukakan cadangan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul mengadakan mediasi untuk menyelesaikan isu berkenaan secara baik.
“Mediasi ini adalah Speaker panggil saya, panggil Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer masuk dan bincang, cuba selesaikan,” katanya selepas Himpunan dan Munajat Penyatuan Ummah (HIMPAK) di sini, malam tadi.
Takiyuddin yang diberi tempoh sehingga semalam untuk menarik balik kenyataan itu berkata, beliau kini menunggu maklum balas daripada Speaker sama ada cadangan mediasi itu akan dilaksanakan atau sebaliknya.
“Sama ada mediasi tu ada ke tiada. Kalau tidak ada mediasi, mungkin saya dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan,” katanya.
Sebelum ini sebelum ini Johari, mengarahkan Takiyuddin , menarik balik kenyataan beliau yang menggunakan perkataan ‘munafik’, selewat-lewatnya kelmarin.
Johari dilaporkan berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas meneliti penyata rasmi persidangan (hansard), dan Takiyuddin boleh menarik balik kenyataan beliau itu sama ada dalam Dewan Rakyat atau melalui surat bertulis kepadanya.
Nnnn
