PUTRAJAYA 4 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor pada 13 Ogos ini, bagi membincangkan pelaksanaan PRK DUN berkenaan. Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata ini susulan SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Johor, Dr Mohd Puad Zarkashi mengenai kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu. “Berdasarkan Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895, Bahagian Kedua, Fasal (5) Perkara 23, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi…
Read MoreDay: August 4, 2024
Deklarasi Kinabalu PKR garis 7 perkara
KOTA KINABALU 4 Ogos – PKR Sabah melancarkan Deklarasi Kinabalu yang menggariskan tujuh perkara yang disebut sebagai ‘SINERGI Keadilan Sabah’ pada majlis Himpunan Perdana Rakyat sempena meraikan 25 tahun PKR Sabah. SINERGI itu merujuk kepada S (Satu); I (Integriti dan Inovasi); N (Nilai); E (Ekonomi); R (Reformasi); G (Glokal) dan I (Idea). Perasmian Deklarasi Kinabalu itu disempurnakan Perdana Menteri merangkap Presiden PKR, Anwar Ibrahim. Pengerusi PKR negeri, Mustapha Sakmud ketika berucap pada majlis itu berkata ‘Satu’ memperincikan PKR sebagai parti yang menyatukan rakyat dalam pengukuhan agenda negara bangsa berdasarkan kerangka…
Read MorePenjawat awam 40 ke atas jalani pemeriksaan
SEPANG 4 Ogos – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan penjawat awam berusia 40 tahun ke atas yang sudah menunjukkan tanda-tanda obesiti diwajibkan melakukan pemeriksaan kesihatan. Presidennya, Adnan Mat berkata, program kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) serta Jabatan Belia dan Sukan (JBS) boleh dilakukan untuk mengawal dan memantau kumpulan penjawat awam yang mempunyai masalah obesiti. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, objektif khusus program ini adalah mengenal pasti kumpulan penjawat awam berisiko dan faktor kepada penyumbang masalah terbabit, disusuli dengan merangka dan melaksanakan program intervensi. Katanya , setiap program…
Read MorePas macam abang sulung
GUA MUSANG 4 Ogos – Jika semalam Pas dan Bersatu diibaratkan dua beradik seperti kakak dan adik, hari ini Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan Pas sebagai abang sulung. Beliau menyifatkan demikian bagi menepis dakwaan Pas menunggang Bersatu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri “Kita Pas macam abang sulung, kalau adik ada kelemahan di mana-mana, kita tampung. Itu gunanya PN, tampung-menampung, tolong-menolong, bantu-membantu,” katanya ketika ditemui di Kampung Renok, di sini, hari ini. Menteri Besar Kedah yang juga Ketua Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat…
Read MoreRasa suasana dan selera di Ruai Rasa
SATU lagi lokasi ‘menyorok’ dalam suasana kehijauan alam adalah di Ruai Rasa. Lokasinya di Plot 10, Lot 480 Batu 2 1/2 Jalan Bangi Lama Semenyih. Bagi yang pernah menyorok di Kebun Puisi, kedudukan Ruai Rasa jauh sedikit. Kedudukannya ke dalam sedikit dari jalan utama. Dibuka Selasa hingga Ahad, 7.30 pagi hingga 3 petang dan tutup pada Isnin (boleh semak jika ada perubahan). Di sini ada masakan Melayu dan Inggeris, maknanya ada pilihan jika mahu ‘lari’ daripada masakan Melayu. Khabarnya pada hujung minggu ramai yang menyorok di sini. Mujurlah saya pergi…
Read MoreIbarat adik beradik, tolong menolong
GUA MUSANG 4 Ogos – Pas dan Bersatu ibarat dua beradik seperti kakak dan adik dalam keluarga Perikatan Nasional (PN), yang akan saling tolong menolong, kata Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan. Justeru beliau menegaskan, tidak timbul sebarang isu pemilihan calon Bersatu, Mohd Rizwadi Ismail yang mewakili PN bagi bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos ini. Katanya, pucuk pimpinan parti sendiri merestui Mohd Rizwadi keluar daripada parti untuk menyertai Bersatu dan bertanding pada PRK itu menggunakan logo Pas. “Sekarang ini ramai pihak yang memainkan…
Read MoreBerita pilihan….
17 maut serangan sekolah tempat pelarian
GAZA: Sekurang-kurangnya 17 orang termasuk kanak-kanak maut, manakala lebih 60 lagi cedera akibat serangan udara tentera Israel yang menyasarkan sebuah sekolah penempatan pelarian di kejiranan Sheikh Radwan di barat bandar Gaza. Jurucakap agensi Pertahanan Awam Gaza, Mahmud Bassal, berkata kawasan itu menempatkan penduduk Palestin yang dipindahkan dari kediaman mereka susulan peperangan berterusan antara Israel dan pejuang Hamas. Tentera Israel yang mengesahkan serangan itu berkata, tindakan itu juga menjejaskan pusat arahan dan kawalan Hamas yang didakwa terletak di dalam kawasan terbabit. Tentera rejim Zionis turut mendakwa, kawasan itu digunakan Hamas untuk…
Read MoreHamas cari pengganti Haniyeh
GAZA CITY: Kepemimpinan Hamas memulakan proses untuk memilih ketua biro politik yang baharu selepas pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran, Iran pada 31 Julai lalu. Menurut kenyataan Hamas, kepemimpinan pergerakan memulakan proses rundingan dalam kalangan kepemimpinan dan institusi penasihatnya bagi memilih ketua baharu untuk pergerakan ini. Kenyataan itu menyebut, pembunuhan Haniyeh akan hanya menjadikan Hamas dan penentangan Palestin lebih kuat dan lebih berazam untuk meneruskan tindakannya. Hamas berkata, pihaknya akan mengumumkan hasil rundingan sebaik sahaja selesai. Ismail Haniyeh, pemimpin tertinggi Hamas di bunuh bersama pengawal peribadinya dipercayai akibat letupan bom yang…
Read More