Tauliah: JAIS minta kenyataan bertulis Ustaz Don

SHAH ALAM 25 Jun –  Ustaz Don Daniyal Don Biyajid diminta mengemukakan kenyataan bertulis kepada Jawatankuasa Tauliah MAIS berhubung beberapa fakta tentang ceramah agama yang dibuat oleh penceramah bebas itu. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad, berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS semalam. Ia selaras dengan Peraturan 17 (b), (d) dan (f) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 agar penggantungan atau penarikan semula tauliah oleh jawatankuasa tidak dilaksanakan terhadap beliau. “Berdasarkan beberapa aduan yang diterima oleh pihak Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS, satu kertas siasatan juga…

Read More

Sultan Selangor murka tabung masjid dicuri

SHAH ALAM 25 Jun – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita terhadap kecurian tabung masjid di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, di sini baru-baru ini. Baginda menzahirkan rasa murka terhadap pelaku berkenaan yang tergamak mencuri duit tabung masjid hasil sumbangan dan sedekah orang ramai, yang bertujuan untuk kesejahteraan umat Islam di kariah berkenaan. “Baginda mengingatkan bahawa perbuatan mencuri adalah perbuatan keji dan satu dosa besar, khususnya apabila membabitkan kebajikan golongan kurang berkemampuan seperti asnaf dan anak-anak yatim. “Baginda juga menzahirkan kekecewaan terhadap pihak pengurusan jawatankuasa (AJK)…

Read More

IMD : PM tidak teragak-agak rombak Kabinet

KUALA LUMPUR 25 Jun –  Anwar Ibrahim tidak akan teragak-agak untuk membuat rombakan kecil Kabinet sekiranya Indeks Daya Saing Dunia (IMD) negara pada tahun depan mencatatkan kedudukan tidak memuaskan. Perdana Menteri berkata, antara salah satu kritikan utama dalam laporan terbabit adalah Malaysia gagal atau kurang mengambil langkah-langkah tidak popular (unpopular Measures), tetapi kerajaan melakukannya seperti melaksanakan penyasaran subsidi sebagai langkah menjimatkan berbilion ringgit. “Namun, kerajaan akan berbuat demikian dan saya fikir ia dengan sendirinya menyelesaikan kritikan kedua terhadap prestasi ekonomi negara. Insya-Allah saya harap tahun depan ia akan mencatatkan laporan…

Read More

Selangor FC didenda RM100,000

KUALA LUMPUR 25 Jun – Selangor FC dikenakan empat bentuk hukuman susulan tindakan pasukan itu ‘tidak hadir’ pada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, 10 Mei lalu. Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan memutuskan hukuman itu pada mesyuarat Lembaga Pengarah bagi membincangkan ketidakhadiran skuad Gergasi Merah pada perlawanan itu. Selangor FC dikenakan denda RM100,000 di mana wang berkenaan akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak. Di samping itu bayaran pampasan kerugian yang ditanggung JDT dan MFL di mana MFL akan mengumpul…

Read More

Dasar Gaji Progresif mulai Oktober

KUALA LUMPUR 25 Jun –  Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) secara menyeluruh seperti diputuskan oleh Jemaah Menteri dijangka dilaksanakan pada Oktober depan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Abdul Rahman Mohamad. Beliau berkata pelaksanaannya dibuat selepas penilaian impak projek rintis GDP selesai dilaksana pada September ini. “Pelaksanaan projek rintis DGP bermula pada Jun hingga Ogos ini. Bagaimanapun, majikan sudah boleh mula mendaftar melalui laman sesawang www.gajiprogresif.gov.my pada 15 Mei lalu. “Pembayaran insentif diberi bagi tempoh setahun. Pelaksanaan projek rintis DGP bertujuan untuk menilai ketersediaan dasar dan sistem yang dibangunkan serta menentukan…

Read More

Ekonomi Malaysia kekal stabil

KUALA LUMPUR 25 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ekonomi Malaysia secara umumnya kekal stabil berdasarkan laporan Indeks Daya Saing Dunia (WCR) 2024 oleh Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD). Perdana Menteri berkata, laporan itu mengambil kira beberapa faktor yang menyumbang kepada kejatuhan Malaysia, termasuk kelewatan pelaksanaan penyasaran subsidi serta prestasi ringgit dan pengurusan ekonomi. Beliau berkata selepas pandemik Covid-19, pertumbuhan ekonomi negara melonjak naik daripada ambang yang sangat rendah yang mana prestasi berikutnya adalah terlalu rendah berbanding sebelumnya. “Dalam keadaan perbelanjaan kita meningkat dan defisit membengkak, kita masih…

Read More

Penjualan saham MAHB lalui syarat ketat

KUALA LUMPUR 25 Jun – Dewan Rakyat hari ini diberitahu, penjualan pegangan saham dalam Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) telah melalui syarat yang ketat. Perdana Menteri  Anwar Ibrahim berkata apabila pertimbangan pengurusan dibuka, kira-kira 145 syarikat berminat tetapi hanya lima yang layak dan kebanyakannya tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh Khazanah. Katanya, syarat pertama, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) adalah rakyat Malaysia dan kedua, majoriti pegangan Malaysia. “Namun, syarikat lain yang berminat ini baik Singapura dan lain-lain, dia nak hak mengurus. Maknanya CEO…

Read More

Lebih 20,000 kanak-kanak Palestin hilang

SEBUAH pertubuhan  bukan kerajaan (NGO) Save the Children mendedahkan, lebih 20,000 kanak-kanak Palestin hilang di Gaza akibat serangan Israel ke atas wilayah terkepung itu sejak 7 Oktober lalu. Dalam satu kenyataan, Save the Children memaklumkan kanak-kanak itu sama ada terperangkap di bawah runtuhan, ditahan, dikebumikan dalam kubur tidak bertanda atau terpisah daripada keluarga mereka. Menurut NGO itu,  adalah “hampir mustahil” untuk mengumpul dan mengesahkan maklumat di bawah keadaan semasa di Gaza, di mana Israel meneruskan serangan darat dan udaranya tanpa henti. Sekurang-kurangnya 17,000 kanak-kanak dipercayai tidak ditemani dan terpisah serta…

Read More

Syarikat pelancongan tipu pemegang visa lawatan

RIYADH – Ada syarikat pelancongan dari beberapa negara menipu pemegang visa lawatan dengan mengeluarkan visa tidak dibenarkan untuk menunaikan haji selain menggalakkan tinggal di Makkah dua bulan sebelum musim haji. Jurucakap keselamatan Kementerian Dalam Negeri, Arab Saudi Talal Al-Shalhoub, berkata beberapa individu dikesan menyalahgunakan visa lawatan dan visa lain yang bukan dikhususkan untuk menunaikan haji. Katanya kementerian telah mengambil langkah proaktif untuk memperhebat kempen kesedaran berhubung larangan menunaikan haji tanpa permit serta menguatkuasakan hukuman yang ketat kepada pesalah. Dalam temu bual dengan Televisyen Al-Arabiya yang dilaporkan portal berita Saudi Gazette,…

Read More