Selangor FC didenda RM100,000

KUALA LUMPUR 25 Jun – Selangor FC dikenakan empat bentuk hukuman susulan tindakan pasukan itu ‘tidak hadir’ pada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, 10 Mei lalu.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan memutuskan hukuman itu pada mesyuarat Lembaga Pengarah bagi membincangkan ketidakhadiran skuad Gergasi Merah pada perlawanan itu.

Selangor FC dikenakan denda RM100,000 di mana wang berkenaan akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak.

Di samping itu bayaran pampasan kerugian yang ditanggung JDT dan MFL di mana
MFL akan mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan.

Selangor FC juga dihukum pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025 dan perlawanan Liga Super (LS14) membabitkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan dimainkan tanpa penonton.

“Operasi perlawanan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama antara MFL dan Selangor FC dengan syarat kemasukan wakil terpilih kedua-dua kelab yang akan diselaraskan untuk kehadiran pada hari perlawanan,” kata MFL.

Selangor FC sebelum ini mengumumkan ‘tidak hadir’ untuk aksi Piala Sumbangsih atas faktor keselamatan selepas permohonan mereka untuk menunda perlawanan itu ditolak MFL.

Susulan itu, MFL mengumumkan pembatalan aksi Piala Sumbangsih sekali gus menyaksikan JDT diberikan kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0 dan mendapat tiga mata bagi perlawanan Liga Super.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment