IMD : PM tidak teragak-agak rombak Kabinet

KUALA LUMPUR 25 Jun –  Anwar Ibrahim tidak akan teragak-agak untuk membuat rombakan kecil Kabinet sekiranya Indeks Daya Saing Dunia (IMD) negara pada tahun depan mencatatkan kedudukan tidak memuaskan.

Perdana Menteri berkata, antara salah satu kritikan utama dalam laporan terbabit adalah Malaysia gagal atau kurang mengambil langkah-langkah tidak popular (unpopular Measures), tetapi kerajaan melakukannya seperti melaksanakan penyasaran subsidi sebagai langkah menjimatkan berbilion ringgit.

“Namun, kerajaan akan berbuat demikian dan saya fikir ia dengan sendirinya menyelesaikan kritikan kedua terhadap prestasi ekonomi negara. Insya-Allah saya harap tahun depan ia akan mencatatkan laporan yang lebih baik.

Jika tidak, saya terpaksa membuat beberapa rombakan kecil dalam Kabinet. Hanya (itu) cara untuk menyelamatkan Perdana Menteri,” katanya berseloroh.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Tengah hari Dewan Perniagaan Amerika Syarikat dan Malaysia (AMCHAM) di sebuah hotel di sini, hari ini.

Terdahulu di Dewan Rakyat pagi ini, Anwar setuju semua pihak termasuk beliau dan jemaah menteri harus memperbaiki prestasi masing-masing susulan kedudukan Malaysia jatuh tujuh anak tangga dalam Kedudukan Daya Saing Dunia (IMD).

Beliau menyambut baik teguran mengenai usaha kolektif semua pihak termasuk Kabinet untuk memperbaiki prestasi dan meningkatkan daya saing indeks ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) yang bertanyakan sama ada Anwar ada cadangan untuk meningkatkan prestasi jemaah menteri susulan kedudukan IMD.

Afnan Hamimi berpandangan antara tindakan segera kerajaan bagi mengatasi perkara ini adalah dengan merombak semula Kabinet supaya memposisikan mereka yang betul-betul mampu melaksanakan tugas secara optimum bagi memacu negara.

“Kita lihat Yang Amat Berhormat bekerja siang malam pergi ke sana sini untuk meningkatkan indeks ini namun mungkin ada beberapa orang menteri yang tidak ada daya bukan setakat daya saing tetapi tidaka berdaya…takut kepala kereta api pergi sorang sorang tertinggal gerabak di belakang..

Jadi adakah YAB nak tukar jadi ‘gerabak-gerabak’ yang rosak dengan gerabak yang baharu suoaya kita boleh memacu ,” tahya Afnan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment