Kes harian di Thailand turun

BANGKOK 6 Jun – Thailand merekodkan penurunan kes harian Covid-19 hari ini selepas mencatatkan 2,162 kes dengan 27 kematian berbanding 3,236 kes dan 27 orang meninggal dunia semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, terdapat 2,160 kes tempatan dan dua kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes sebanyak 4,468,955 serta 30,198 kematian.

Sehingga Ahad semalam, sebanyak 4,879 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan 4,409,248 manakala 29,509 orang mendapatkan rawatan termasuk 29,509 di hospital.

Berdasarkan rekod hospital sebanyak 761 pesakit dalam keadaan kritikal dan 375 bergantung kepada bantuan ventilator.

Sementara itu  Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) memberitahu sebanyak 27 kematian melibatkan mereka yang berumur dari 47 hingga 92 tahun dengan purata umur 79.

Mengenai program vaksinasi, sebanyak 138.17 juta dos telah didaftarkan di mana

81.7 peratus penduduk mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos, 75.9 peratus dua dos dan 41.1 peratus sekurang-kurangnya satu dos.

Related posts

Leave a Comment