NIBONG TEBAL 13 Jun – Pengarah Institut Aminudin Baki Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin dipilih sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, 6 Julai depan. Pengarah Pilihan Raya Perpaduan yang juga Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengumumkan pemilihan calon itu dalam Majlis Pengumuman Calon Perpaduan PRK N20 Sungai Bakap di pekarangan tapak parkir sebuah pasar raya di Bandar Tasek Mutiara, di sini, malam ini. Rafizi berkata, calon yang ditampilkan kena dengan kehendak rakyat kerana anak…
Read MoreDay: June 12, 2024
Ahli Parlimen Kluang Pengerusi TalentCorp
Ahli Parlimen Kluang Pengerusi TalentCorp PUTRAJAYA- Ahli Parlimen Kluang dari DAP, Wong Shu Qi, dilantik sebagai Pengerusi Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp), agensi di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berkuat kuasa hari ini. Turut dilantik adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor dari 2018 hingga 2022, Mohd Khuzzan Abu Bakar, yang pernah berkhidmat dengan Bank Mualamat selama lebih 14 tahun sebagai Timbalan Pengerusi. Shu Qi yang juga Ahli Lembaga Pengarah Research for Social Advancement (REFSA), merupakan lulusan ijazah berganda dalam Kewartawanan dan Sains Politik dari Universiti Chengchi Nasional…
Read MoreNotis terhenti serta merta 6 wakil rakyat
KUALA LUMPUR 12 Jun – Notis terhenti secara serta-merta telah diserahkan kepada enam wakil rakyat Bersatu yang didakwa melakukan ketidakpatuhan mengikut Fasal 10.4 perlembagaan parti itu. Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, berkata notis berkenaan selaras arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang bermesyuarat, Jumaat lalu. Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, penyerahan juga dibuat selepas ia dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang bermesyuarat malam tadi. “Bagi kes Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (ahli Parlimen Labuan) pula, keahlian beliau terhenti serta-merta mengikut Fasal 10.2.6 Perlembagaan Bersatu. Notis terhenti secara…
Read MoreBersih tegur bantuan Kerajaan Madani menjelang PRK
PUTRAJAYA 12 Jun – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menegur pengumuman peruntukan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming di kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap. Menurut Bersih pengumuman sebegini sudah menjadi kelaziman baharu kepada Kerajaan Madani apabila menjelang PRK sedangkan isu penggunaan sumber kerajaan semasa tempoh pilihan raya sering dibantah ketika mereka menjadi pembangkang. “Bersih dengan keras menyelar tindakan menggunakan sumber kerajaan semasa pilihan raya, tidak kira sama ada pilihan raya kecil mahupun pilihan raya…
Read MoreBatu Puteh : Dr M tidak buat keputusan bersendirian
PUTRAJAYA 12 Jun – Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tidak membuat keputusan secara bersendirian menarik balik permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman Batu Puteh pada 2018 sehingga Malaysia hilang lokasi itu. Bekas Perdana Menteri itu berkata, keputusan itu sebaliknya diputuskan oleh Kabinet pada tahun 2018. Dr Mahathir berkata, pihaknya hanya memberikan pandangan untuk tidak meneruskan kerana pakar dan peguam berpendapat ia adalah suatu kes yang lemah untuk Malaysia. “Saya tidak membuat keputusan secara bersendirian, sebaliknya hanya memberikan pendapat bahawa Malaysia tidak patut meneruskan kerana ia adalah kes yang lemah dan…
Read MoreMalaysia-Singapura komited kukuh hubungan
PUTRAJAYA 12 Jun – Malaysia dan Singapura komited untuk terus memperkukuh hubungan dua hala serta mencari penyelesaian bersama terhadap isu tertunggak berkaitan air, sempadan maritim dan Informasi Penerbangan Wilayah (FIR). Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yakin semua isu berkenaan dapat diselesaikan menerusi rundingan berterusan, mengambil kira kedudukan dan hubungan kukuh di antara pemimpin kedua-dua negara. “Kami membincangkan semua isu, (termasuk) beberapa yang tertunggak mengenai zon kewangan, zon ekonomi yang terus berjalan dengan baik. Meningkatkan fenomena perdagangan dan pelaburan ke Malaysia, begitu juga penyertaan kita dalam cara yang mungkin lebih kecil di…
Read MorePeruntukan RM18 juta cubaan ‘beli undi’ PRK
SEPANG 12 Jun – Gerakan, parti gabungan Perikatan Nasional (PN) membidas tindakan pemimpin Kerajaan Perpaduan yang didakwa mengumumkan peruntukan terpiliih. kerajaan di Sungai Bakap yang akan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK). Presiden Gerakan Dr Dominic Lau Hoe Chai merujuk tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming memberi peruntukan hampir RM18 juta dalam satu majlis Sentuhan Kasih semalam. Beliau menyifatkan tindakan itu boleh dianggap sebagai usaha membeli undi dengan alasan menjalankan tanggungjawab yang ada serta pengaruh yang tidak wajar kerajaan terhadap pengundi Sungai Bakap yang bakal membuang undi…
Read MoreBerita pilihan…
Bersatu hantar surat secepat mungkin
KUALA LUMPUR 12 Jun – Bersatu akan menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat, selain Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan juga Kelantan secepat mungkin mengenai status tujuh wakil rakyatnya yang digugurkan keahlian dalam parti. Presidennya, Muhyiddin Yassin berkata pihaknya juga akan menghantar notis kepada tujuh wakil rakyat terbabit dalam tempoh sehari dua lagi untuk memaklumkan mengenai pengguguran keahlian masing-masing. Beliau bagaimanapun menegaskan tindakan yang diambil itu bukanlah bersifat terburu-buru kerana parti hanya berbuat demikian selepas mendapatkan nasihat undang-undang, selain mengikuti prosedur diperlukan. “Keputusan ini dibuat berikutan pindaan perlembagaan Bersatu yang…
Read MorePas wakili PN hadapi PRK Sungai Bakap
KUALA LUMPUR 12 Jun – Calon Pas akan mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 6 Julai depan, kata Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, penyandang yang meninggal dunia adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, dan PN mengekalkan kerusi itu untuk Pas. “Kita akan umumkan calon pada 15 Jun. Selepas itu, calon akan diberikan watikah untuk bertanding di bawah Perikatan Nasional,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN di ibu pejabat gabungan politik itu di sini malam tadi. Dalam pada…
Read More