Notis terhenti serta merta 6 wakil rakyat

KUALA LUMPUR 12 Jun – Notis terhenti secara serta-merta telah diserahkan kepada enam wakil rakyat Bersatu yang didakwa melakukan ketidakpatuhan mengikut Fasal 10.4 perlembagaan parti itu.

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, berkata notis berkenaan selaras arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang bermesyuarat, Jumaat lalu.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, penyerahan juga dibuat selepas ia dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang bermesyuarat malam tadi.

“Bagi kes Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (ahli Parlimen Labuan) pula, keahlian beliau terhenti serta-merta mengikut Fasal 10.2.6 Perlembagaan Bersatu. Notis terhenti secara serta-merta keahlian dihantar kepada beliau lebih awal iaitu pada 17 Mei lalu.

Semua proses ini dilakukan dengan menepati lunas Perlembagaan parti dan perundangan negara seperti diperuntukkan di bawah Perkara 49 (A) Perlembagaan Persekutuan dan/atau di bawah undang-undang kerajaan negeri berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Bersatu dilapor akan menghantar notis kepada enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung status keahlian serta kedudukan kerusi yang disandang mereka ketika ini, dalam masa terdekat.

Presidennya, Muhyiddin Yassin, berkata Bersatu selepas itu akan menghantar notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat,  Johari Abdul, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Selangor dan Kelantan berhubung kedudukan mereka.

Sebelum ini, enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan MPT untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment