PBB tuntut hentikan keganasan

GENEVA: Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, Volker Turk menuntut keganasan dihentikan di Tebing Barat dengan lebih 500 rakyat Palestin dibunuh sejak perang tercetus di Gaza Oktober tahun lalu. Turk berkata sekurang-kurangnya 505 rakyat Palestin dibunuh tentera Israel di Tebing Barat sejak perang hampir lapan bulan lalu sementara penguat kuasa Palestin memberi jumlah rakyat Palestin yang terkorban sekurang-kurangnya 523 orang. Menurut Turk, kira-kira 24 rakyat Israel, termasuk lapan tentera turut terbunuh dalam perang di Tebing Barat Peristiwa tragis di Israel dan kemudian di Palestin sejak lapan…

Read More

Bom digugur Israel atasi Perang Dunia Kedua

GENEVA: Israel menggugurkan lebih 70,000 tan bom di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas, mengatasi jumlah yang digugurkan di Dresden, Hamburg dan London semasa Perang Dunia Kedua. Pada akhir April, Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med menganggarkan kira-kira 70,000 tan bom dijatuhkan ke atas Gaza, meliputi tempoh enam bulan antara 7 Oktober dan 24 April. “Dianggarkan bahawa Israel telah menggugurkan lebih 70,000 tan bahan letupan di Semenanjung Gaza selain daripada operasi pembersihan tanahnya. Ia mengakibatkan kemusnahan semua bangunan pada jarak sehingga satu kilometer di timur dan utara Semenanjung untuk mewujudkan apa yang…

Read More

Pyanhabib meninggal dunia

KUALA LUMPUR 4 Jun – Penyair dan pelakon, Pyanhabib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman, 66, meninggal dunia di kediamannya di Hulu Kelang, malam ini, kira-kira seminggu selepas menyambut hari lahir ke-66. Dalam hantaran melalui Facebook, isteri Allahyarham memaklumkan:  “Suami saya Pyanhabib yang anda kenal sudah tiada. kembali pada penciptaNya. Maafkan kesalahannya doakan yang baik baik untuk nya,” Isnin lalu, Pyanhabib menulis di Facebook ketika menyambut hari lahir ke-66 tahun. “Cucu minta potong kek, saya pun potong kek. “Nabi Muhammad SAW wafat pada usia 63 tahun dan saya hidup…

Read More

Lebih 15,000 kanak-kanak Palestin terbunuh

GAZA: Lebih 15,000 kanak-kanak Palestin terbunuh sejak Israel mula menyerang Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik kenyataan Kementerian Pendidikan. Majoriti daripada mereka adalah pelajar sekolah dan murid-murid tadika, selain daripada 64 pelajar dari sekolah di Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis. Dalam satu kenyataan pada “International Day of Innocent Child Victims of Aggression” yang jatuh pada 4 Jun, tema yang paling ketara untuk hari ini ialah “Kanak-kanak Gaza” kerana mereka adalah mangsa terbesar dalam serangan. Serangan Israel memusnahkan sekolah dan tadika serta secara…

Read More

Lebuh raya bertingkat Juru – Sungai Dua

BUTTERWORTH 4 Jun – Kementerian Kerja Raya (KKR) akan membentangkan kertas kerja berhubung cadangan pembinaan Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua sepanjang 15 kilometer (km) kepada Kabinet untuk kelulusan tidak lama lagi. Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Maslan, berkata projek itu dijangka akan menelan belanja RM1.8 bilion. Beliau berkata, pihak Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sudah selesai menjalankan bancian serta kajian berkaitan projek itu dan dibentangkan kepada Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Februari lalu untuk penelitian. “Sekarang ini kita sudah masuk proses kedua, proses pertama adalah permohonan daripada…

Read More

Satu juta umat Islam tiba di Arab Saudi

RIYADH: Hampir satu juta jemaah asing tiba di Arab Saudi untuk menunaikan haji tahun ini, demikian menurut Direktorat Umum Pasport (Jawazat). Menjelang lewat Ahad lalu, sejumlah 935,966 jemaah haji tiba melalui semua pintu masuk sama ada udara, darat dan laut. Jawazat seperti dilaporkan Saudi Press Agency menjelaskan majoriti besar jemaah tiba melalui pintu masuk udara dan bilangan mereka mencapai 896,287. Manakala jumlah jemaah tiba melalui pintu masuk darat berjumlah 37,280, dan 2,399 jemaah lagi tiba melalui pintu masuk laut. Direktorat itu berkata bahawa ia memanfaatkan semua keupayaannya untuk memudahkan prosedur…

Read More

24 Ogos cuti peristiwa di Melaka

MELAKA 4 Jun –  Kerajaan Melaka akan menawarkan kepada rakyat Melaka serta pemastautin untuk menikmati kemasukan secara percuma di beberapa lokasi pelancongan pada 24 Ogos ini sempena cuti persitiwa ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam. Ketua Menteri Melaka,  Ab Rauf Yusoh, ketika mengumumkan demikian berharap, pengumuman ini dapat menggembirakan seluruh rakyat Melaka. Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan sempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka penggal ke-2 di Balai Istiadat, Kompleks Seri Negeri di sini hari ini. Dalam ucapannya,…

Read More

YDP Melaka penggal kedua

AYER KEROH 4 Jun – Dr Mohd Ali Mohd Rustam mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka Ketujuh untuk penggal kedua, di Balai Istiadat, Seri Negeri, di sini hari ini. Majlis istiadat itu dilangsungkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi 1 Melaka,  Anselm Charles Fernandis dan Pegawai Kewangan Negeri,  Salhah Salleh yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Turut hadir, Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh; Hakim Mahkamah Tinggi 2, Mohd Radzi Abdul Hamid dan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,  Mohd Firuz Jaffril. Pada 28 Mei lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan…

Read More

Malaysia negara paling disayangi di Asia

SEPANG 4 Jun – Sebuah portal laman web kewangan, Insider Monkey yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) menempatkan Malaysia di tangga pertama dalam senarai 20 Negara Paling Disayangi di Asia. Malaysia berjaya mengalahkan negara jiran lain seperti Singapura yang menduduki tangga ketiga, Indonesia (12) dan Thailand (11). Dalam proses menyediakan senarai berkenaan, Insider Monkey merujuk lima artikel  portal itu sepanjang tahun lalu iaitu 15 Negara Paling Dihormati di Asia, 15 Negara Paling Mesra di Asia, 20 negara yang paling banyak dilawati di Asia, 20 Negara Paling Pelbagai di…

Read More

Peguam ibu bapa Zayn Rayyan tarik diri

KUALA LUMPUR 4 Jun – Peguam yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, menarik diri sebagai peguam mereka mulai hari ini kerana mahu memberi tumpuan kepada beberapa kes lain yang sedang dikendalikannya. Mahmud Abdul Jumaat! peguam daripada firma guaman Tetuan Emir Mahmud & Co memutuskan menarik diri ketika ibu bapa Zayn Rayyan sedang direman tujuh hari bermula Sabtu lalu. “Saya berdoa agar perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada. Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak agar menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar…

Read More