Malaysia negara paling disayangi di Asia

SEPANG 4 Jun – Sebuah portal laman web kewangan, Insider Monkey yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) menempatkan Malaysia di tangga pertama dalam senarai 20 Negara Paling Disayangi di Asia.

Malaysia berjaya mengalahkan negara jiran lain seperti Singapura yang menduduki tangga ketiga, Indonesia (12) dan Thailand (11).

Dalam proses menyediakan senarai berkenaan, Insider Monkey merujuk lima artikel  portal itu sepanjang tahun lalu iaitu 15 Negara Paling Dihormati di Asia, 15 Negara Paling Mesra di Asia, 20 negara yang paling banyak dilawati di Asia, 20 Negara Paling Pelbagai di Asia dan 20 Negara Paling Demokratik di Asia.

Menurut portal itu,, 75 peratus telah diberikan kepada tiga artikel pertama iaitu mengenai negara yang dihormati, paling mesra dan paling banyak dikunjungi di Asia manakala 25 peratus lagi diperuntukkan kepada kepelbagaian negara dan kelayakan demokrasi.

Malaysia berada pada kedudukan tertinggi kerana jumlah ranking yang konsisten dengan markah keseluruhan 0.701, sementara Taiwan berada di tangga kedua dengan memperoleh 0.595 markah.

Menurut portal itu,Malaysia ialah negara yang paling disayangi di Asia kerana ia berada pada kedudukan tinggi pada semua metrik yang dipertimbangkan dalam penyelidikan kami. Ia adalah negara keenam paling demokratik di benua itu.

“Selain itu, ia adalah negara kelima paling banyak dikunjungi di Asia, mengalu-alukan lebih 10 juta pelancong pada tahun 2022,” kata portal itu.

Related posts

Leave a Comment