GENEVA: Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, Volker Turk menuntut keganasan dihentikan di Tebing Barat dengan lebih 500 rakyat Palestin dibunuh sejak perang tercetus di Gaza Oktober tahun lalu.
Turk berkata sekurang-kurangnya 505 rakyat Palestin dibunuh tentera Israel di Tebing Barat sejak perang hampir lapan bulan lalu sementara penguat kuasa Palestin memberi jumlah rakyat Palestin yang terkorban sekurang-kurangnya 523 orang.
Menurut Turk, kira-kira 24 rakyat Israel, termasuk lapan tentera turut terbunuh dalam perang di Tebing Barat
Peristiwa tragis di Israel dan kemudian di Palestin sejak lapan bulan lalu seolah-olah tidak mencukupi, penduduk Tebing Barat yang diduduki juga berdepan dengan pertumpahan darah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Tidak dapat diduga bahawa begitu banyak nyawa telah diragut dengan cara yang kejam,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Israel dengan segera mengecam kenyataan berkenaan iaitu merujuk kepada tindakan Hamas pada 7 Oktober tahun lalu yang mengakibatkan kematian 1,194 orang yang kebanyakannya orang awam.
Mengikut data terkini daripada Kementerian Kesihatan Gaza, akibat daripada serangan tentera Israel itu telah menyebabkan seramai 36,550 rakyat Palestin terkorban yang kebanyakannya adalah orang awam.
Sejak perang tercetus pada 7 Oktober tahun lalu, aktiviti keganasan telah meningkat secara drastik di Tebing Barat.
