24 Ogos cuti peristiwa di Melaka

MELAKA 4 Jun –  Kerajaan Melaka akan menawarkan kepada rakyat Melaka serta pemastautin untuk menikmati kemasukan secara percuma di beberapa lokasi pelancongan pada 24 Ogos ini sempena cuti persitiwa ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam.

Ketua Menteri Melaka,  Ab Rauf Yusoh, ketika mengumumkan demikian berharap, pengumuman ini dapat menggembirakan seluruh rakyat Melaka.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan sempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka penggal ke-2 di Balai Istiadat, Kompleks Seri Negeri di sini hari ini.

Dalam ucapannya, Ab Rauf juga memaklumkan, tahun lalu Melaka menerima pelaburan langsung dari luar negara (FDI) dan domestik berjumlah RM6 bilion.

Katanya bagi menarik kehadiran lebih ramai pelabur, kerajaan negeri menubuhkan Melaka Industrial Booster (MIB) di bawah Invest Melaka Berhad yang dipelopori oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) untuk membolehkan proses permohonan kelulusan pelan pemaju di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) dipercepatkan daripada 180 hari kepada 30 hari sahaja.

Beliau berkata, usaha-usaha kerajaan untuk terus memperkukuh pertumbuhan ekonomi negeri menunjukkan impak yang amat menggalakkan, dengan ekonomi Melaka diunjurkan berkembang kira-kira empat hingga lima peratus sejajar dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nasional.

Ab Rauf berkata, berdasarkan prestasi semasa, sektor perkhidmatan dan pembuatan masih kekal sebagai penyumbang utama iaitu masing-masing menyumbang 50.5 peratus dan 37.2 peratus kepada KDNK negeri.

“Sementara itu, statistik kadar pengangguran Melaka bagi suku pertama 2024 adalah 2.2 peratus lebih rendah berbanding pengangguran nasional yang berada pada paras 3.3 peratus.

“Ini jelas membuktikan Melaka berjaya menurunkan kadar penggangguran daripada 2.9 peratus pada 2023 rentetan dengan peningkatan peluang pekerjaan di negeri ini,” katanya.

Nnnn24 Ogos cuti peristiwa di Melaka

Related posts

Leave a Comment