Pasangan tular sah suami isteri

KUALA KEDAH 28 Mei – Pasangan yang tular membawa bayi lelaki berusia 11 bulan menunggang motosikal dengan memakai alat pernafasan baru-baru ini disahkan sebagai suami isteri hari ini. Mohd Azlan Ishak, 36 kini menjadi suami kepada Norhidayu Halim, 35, selepas dinikahkan oleh Imam Masjid Al Maarufi, Muhammad Hazamer Mualim pada pukul 6 petang hari ini. “Alhamdulillah, segalanya sudah selesai, kami sudah menjadi suami isteri. Tutup buku lama dan buka buku baru. Saya mengharapkan seluruh rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik dan tidak menceritakan perihal buruk kami,” katanya. Pembantu pelantar ikan itu…

Read More

Kes menyamar pegawai MCMC meningkat

PUTRAJAYA 28 Mei –  Dalam tempoh seminggu yang lalu, terdapat peningkatan kes yang diterima oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung panggilan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai MCMC. MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan modus operandi panggilan yang diterima bermatlamat memperdaya mangsa bagi tujuan tertentu. Menurut kenyataan itu, pemanggil memperkenal dirinya sebagai pegawai MCMC dan memaklumkan nombor telefon mangsa terbabit dalam kegiatan jenayah dan mendakwa sekiranya mangsa gagal mengikut arahan yang diberikan, talian akan disekat atau disenarai hitam. MCMC menegaskan sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai urusan berkaitan…

Read More

IKIM lancar buku infografik urus harta

KUALA LUMPUR 28 Mei –  Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) melancarkan tiga buku dalam bentuk infografik melalui Siri Infografik Hifz Al-Mal atau Pengurusan Harta Keluarga Islam. Dibiayai sepenuhnya Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), buku ini menampilkan konsep informatif sebagai panduan perancangan dan pengurusan harta yang sistematik selari kehendak syarak. Tiga buku dalam siri berkenaan adalah Hibah, karya Mohd Faiz Adnan dan Siti Shamsiah Mohd Supi; Harta Sepencarian pula dihasilkan Mohammad Taifor Ahmad Rusdi dan Wasiat (Mohamed Fouzi Mokhtar dan Dr Mohd Zamro Muda). Menurut Ketua Pengarah IKIM, Dr Mohamed Azam…

Read More

Ali Rustam dilantik semula YDP Melaka

KUALA LUMPUR 28 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Dr Mohd Ali Mohd Rustam sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal kedua bermula 4 Jun 2024. Istiadat pengurniaan itu berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Mohd Ali, 75, yang akan menjawat jawatan itu bagi tempoh empat tahun lagi sebelum ini dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ketujuh pada 4 Jun 2020 bagi menggantikan Tun Mohd Khalil Yaakob. Mohd Ali yan berkelulusan Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan)…

Read More

DRT: Biar pihak berkuasa siasat

KUALA LUMPUR 28 Mei – Biar pihak berkuasa siasat. Itu penjelasan Anwar Ibrahim berhubung pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Selangor kepada syarikat suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. “Yang ini serah pada pihak berkuasa, jika mereka ada (terima) laporan, ia seharusnya disiasat dengan telus,” kata Perdana Menteri ketika ditemui pemberita di luar Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam di sini, hari ini. Minggu lalu, Exco Selangor, Ng Sze Han, menyatakan Asia Mobility Technologies Sdn Bhd, adalah satu daripada dua syarikat yang dipilih untuk projek…

Read More

Kenderaan asing dari Singapura wajib ada VEP

PUTRAJAYA 28 Mei – Semua kenderaan asing dari Singapura yang memasuki Johor diwajibkan mempunyai Permit Masuk Kenderaan (VEP) mulai 1 Oktober ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau berkata peraturan itu akan dikuatkuasakan untuk pintu masuk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor dan di Bangunan Sultan Abu Bakar di Link Kedua Malaysia-Singapura. Katanya, penguatkuasaan VEP itu bertujuan memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi sepenuhnya peraturan jalan raya di Malaysia. Loke memberitahu, sejak April 2019, Kementerian Pengangkutan melaksanakan pendaftaran VEP bagi pemilik kenderaan…

Read More

Dua pegawai kanan polis didakwa rasuah RM1.25 juta

KUALA LUMPUR 28 Mei – Dua pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini selepas didakwa atas tuduhan menerima rasuah RM1.25 juta untuk menutup kes jenayah ahli perniagaan berkaitan pembelian senjata api oleh warga Israel. Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Chin Khiam Kong dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency JSJK Bukit Aman, Deputi Superintendan Suhairon Abdullah, membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Azura Alwi. Khiam Kong, 54 dan Suhairon, 42 didakwa sebagai pegawai badan awam secara…

Read More

Dunia kutuk serangan Israel

RAFAH: Dunia terus mengutuk serangan Israel yang membunuh 45 mangsa dan mencederakan 249 yang lain, selepas sebuah kem khemah pelarian menempatkan penduduk Palestin musnah terbakar. Agensi pertahanan awam Gaza berkata, serangan itu mencetuskan kebakaran yang memusnahkan pusat perpindahan di barat laut Rafah berhampiran kemudahan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin, UNRWA Negara  pengantara Mesir dan Qatar, serta kerajaan serantau yang lain membantah serangan itu manakala Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, berkata tiada lagi tempat selamat di Gaza dan kengerian itu mesti dihentikan. Mesir kesal dengan serangan menyasarkan orang…

Read More

Israel tidak akan hentikan serangan

BAITULMAQDIS: Menyifatkan serangan maut di kem pelarian di Rafah, Gaza adalah ‘kemalangan tragis’, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terus berikrar bahawa tentera Israel tidak akan menghentikan serangan. Dalam ucapan di Knesset (Parlimen Israel), Netanyahu dilaporkan media, berikrar untuk meneruskan pertempuran sehingga Hamas dimusnahkan sama sekali. Beliau turut mengecam tekanan, baik dari dalam dan luar negara, yang dihadapi kerajaannya sejak perang di Gaza bermula 7 Oktober lalu serta menegaskan tiada ganti untuk kemenangan mutlak di Gaza. “Mereka menekan kami ketika itu… Jangan masuk Gaza. Kami masuk! Jangan masuk Shifa! Kami masuk!…

Read More