Ali Rustam dilantik semula YDP Melaka

KUALA LUMPUR 28 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Dr Mohd Ali Mohd Rustam sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal kedua bermula 4 Jun 2024.

Istiadat pengurniaan itu berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara yang turut disaksikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Mohd Ali, 75, yang akan menjawat jawatan itu bagi tempoh empat tahun lagi sebelum ini dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ketujuh pada 4 Jun 2020 bagi menggantikan Tun Mohd Khalil Yaakob.

Mohd Ali yan berkelulusan Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) dari Universiti Sains Malaysia (USM) pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Batu Berendam sejak 1995 hingga 1999 dan Ketua Menteri Melaka Kesembilan dari 1999 hingga 2013.

Turut hadir, Peguam Negara,  Ahmad Terrirudin Mohd Salleh,; Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa; Yang Dipertua Dewan Rakyat,  Johari Abdul; Ketua Menteri Melaka, Rauf Yusoh serta Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka,  Ibrahim Durum.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment