Tujuh kenderaan rosak dihempap pokok

PUCHONG 27 Mei – Sebanyak tujuh buah kereta di kawasan parkir di Taman Kinrara di sini rosak dihempap pokok susulan hujan lebat dan ribut, petang ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.24 petang. Seramai sembilan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh lapan kilometer. “Komander operasi melaporkan sebatang pokok tumbang telah menghempap tujuh buah kereta. “Kerja-kerja untuk mengalihkan pokok tersebut…

Read More

Kuala Krai panas tahap dua

PUTRAJAYA 27 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkanKuala Krai di Kelantan merekodkan status cuaca panas tahap dua atau gelombang haba hari ini. Cuaca panas tahap dua dikeluarkan bagi suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. Selain itu, rekod bacaan dikemas kini setakat pukul 4.30 petang hari ini turut menunjukkan 21 kawasan di Semenanjung merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga. Ia termasuk Perlis; Padang Terap, Sik, Pokok Sena, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim, Bandar Baharu dan Kubang Pasu di Kedah; Pulau…

Read More

PM umum RM1 juta kepada Tabung Kasih@Hawana

KUCHING 27 Mei – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Tabung Kasih@Hawana pada tahun ini, sama seperti tahun lalu bagi membantu pengamal media yang ditimpa kesusahan. Pada masa sama, Anwar turut meluluskan tambahan RM1 juta untuk pengamal media menjalani kursus dan latihan terutamanya dalam bidang teknologi kecerdasan buatan (AI). “Kita minta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) melalui Pusat Latihan Kecemerlangan bantu selaraskan beberapa program dan kegiatan untuk pengamal media,” katanya ketika berucap di Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (Hawana) di sini. Turut hadir Premier Sarawak,  Abang…

Read More

Sokong kebebasan media tanpa kompromi 3R

KUCHING 27 Mei – Kerajaan menyokong sepenuhnya perjuangan untuk memperoleh kebebasan media dalam negara, tetapi tidak akan bertoleransi sekiranya isu agama, kaum dan raja (3R) menjadi punca kekacauan di dalam masyarakat. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata pengiktirafan atau ranking antarabangsa terhadap kebebasan media tidak menjadi pegangan dalam kerajaan sekiranya terdapat isu yang boleh memporak-perandakan negara. Malaysia katanya kekal berpegang kepada prinsip melindungi hak kumpulan minoriti berbanding membenarkan kebebasan media hanya untuk kematangan demokrasi. “Adakah negara ini perlu menerima perkembangan perkauman dan fasisme semata-mata hanya untuk kebebasan media. Sudah tentu kita…

Read More

Mesyuarat 6 Jun tentukan PRK Sungai Bakap

KUALA LUMPUR 27 Mei – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) 20 Sungai Bakap pada 6 Jun ini bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya berkenaan. Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata pihaknya sudah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Pulau Pinang,  Law Choo Kiang, berhubung kekosongan luar jangka susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff. Katanya, kekosongan kerusi N20 itu hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan berkenaan dipastikan oleh pihaknya, sebagaimana diperuntukkan bawah Fasal (5) Perkara 19 Perlembagaan…

Read More

Kerjasama SPRM, TNB selamatkan RM2 bilion

KUALA LUMPUR 27 Mei –  Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya mengelakkan kerugian hampir mencecah RM2 bilion hasil Ops Power bagi membanteras operasi perlombongan bitcoin, dua tahun lalu. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Azam Baki berkata, kerjasama SPRM dan TNB itu berjaya mengelakkan kerugian lebih besar pada masa depan serta meminimumkan jenayah perlombongan bitcoin. Katanya, agensi seperti TNB mempunyai limitasi kuasa untuk mencegah jenayah sedemikian dan memerlukan penguat kuasa seperti SPRM untuk membantu. “Jenayah perlombongan bitcoin yang berleluasa sekitar dua tahun itu dapat ditumpaskan apabila TNB sendiri menyalurkan maklumat…

Read More

Tiada kaitan DRT Selangor dengan KBS

KUALA LUMPUR 27 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melihat sebarang kaitan pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Selangor dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, menegaskan setakat ini tiada sebarang kesalahan mengikut undang-undang dalam pemberian kontrak kepada syarikat milik bersama suami Hannah itu. “Saya tidak mengetahui lanjut mengenai kes itu tetapi apa yang ingin saya katakan, sekiranya satu kontrak yang tiada kena mengena dengan tugas (pihak yang dibangkitkan) ia bukanlah satu kesalahan. “Saya tidak nampak ia mempunyai kaitan…

Read More

4 calon SPM SI, Henry Gurney cemerlang

PUTRAJAYA 27 Mei –  Empat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Integriti (SI) dan Sekolah Henry Gurney (SHG) mendapat keputusan cemerlang  gred A+, A dan A-, dalam semua mata pelajaran yang diambil. Pengarah Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Komisioner Hafidz Osman berkata daripada jumlah itu, tiga calon mendapat lapan A dan seorang mendapat enam A. Katanya, mereka terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan berusia antara 17 hingga 21 tahun, adalah calon daripada SI Integriti Marang, Terengganu; SI Kluang, Johor; SI Puncak Alam, Selangor dan SHG Telok Mas, Melaka. Ini…

Read More

10,160 tidak hadir duduki SPM 2023

PUTRAJAYA 27 Mei –  Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti punca ketidakhadiran 10,160 daripada 383,685 calon baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang tidak menduduki peperiksaan itu. Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata jumlah ketidakhadiran itu perlu ditangani supaya langkah intervensi dapat dilaksanakan. “Kita akan teliti punca kenapa calon ini tidak hadir (menduduki SPM 2023), selepas berlaku penurunan agak banyak (bagi calon yang mendaftar SPM 2023 berbanding 2022). “Kita akan teliti satu persatu, intervensi akan kita laksanakan untuk tangani perkara ini sebaiknya,” katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2023 di…

Read More