Larangan jual tiga produk kosmetik

PUTRAJAYA 29 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membatalkan dan tidak lagi membenarkan jualan tiga produk kosmetik dalam pasaran yang dikesan mengandungi racun berjadual. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengatakan produk itu N Glowing EWSB mengandungi racun berjadual jenis merkuri;  Karisma Golden Turmeric Cream (merkuri dan betamethasone 17-valerate) dan SL Two Intensive (hydroquinone dan betamethasone 17-valerate). Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Dalam kenyataannya, beliau…

Read More

Op Lima berkas 21 anggota kongsi gelap

KUALA LUMPUR 29 Mei – Serbuan Operasi Lima (Op Lima) oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman baru-baru ini berjaya memberkas 21 ahli kumpulan jenayah terancang daripada lima kumpulan kongsi gelap. Kumpulan kongsi gelap iaitu Geng 08, Geng 21, Geng 18, Geng 24 dan Geng 36 diberkas dalam serbuan sekitar Johor, Pahang dan Selangor bermula 3 Mei lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata ahli kumpulan berusia antara 26 hingga 51 tahun itu aktif dalam kegiatan bunuh, dadah, pemerasan dan khianat dengan api. Semua mereka…

Read More

Elak masuk Makkah guna visa lawatan

RIYADH: Pemegang visa lawatan pelbagai kategori digesa mengelak perjalanan ke Makkah dalam tempoh bermula 15 Zulkaedah bersamaan 23 Mei sehingga 15 Zulhijjah bersamaan 21 Jun. Menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, tindakan itu selaras larangan pemegang visa lawatan menunaikan haji dan mereka yang melanggar arahan akan dikenakan hukuman mengikut peraturan ditetapkan kerajaan. Tindakan itu adalah sebahagian daripada langkah keselamatan diambil kementerian bagi memastikan keselamatan jemaah haji yang sah, selain membolehkan jemaah melakukan ibadat dengan mudah dan selesa. Mereka yang melakukan kesalahan boleh didenda berjumlah SR10,000 (RM12,514) termasuk warga Arab Saudi,…

Read More

Selepas 12 tahun, Syria kembali ke Makkah

JEDDAH – Selepas 12 tahun ‘digantung’,  seramai 270 jemaah haji Syria menjadi kumpulan pertama tiba di Makkah semalam, susulan perkhidmatan haji disambung semula, menamatkan pengasingan sejak perang saudara bermula. Syria memulakan operasi penerbangan haji terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah, dan akan diikuti lebih banyak penerbangan dalam beberapa hari akan datang. Menurut pegawai Kementerian Pengangkutan Syria, Suleiman Khalil, ini adalah yang pertama selepas semua penerbangan penumpang antara kedua-dua negara dihentikan pada 2012. Bagaimanapun keputusan ini hanya terpakai untuk tempoh haji dan pihak Kementerian…

Read More

Bergerak atas landasan ilmu yang benar

KUANTAN 28 Mei – institusi pendidikan Islam perlu bergerak di atas landasan ilmu yang benar agar memudahkan pihak berwajib memberikan bantuan dan menyalurkan apa jua kemudahan, titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Justeru baginda bertitah kerancakan memartabatkan Islam melalui penubuhan apa jua institusi pendidikan Islam perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama. “Kini pelbagai usaha dijalankan oleh banyak pihak bagi memartabatkan Islam dan menzahirkan kecintaan mereka terhadap agama Islam ini. Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Pahang juga tidak ketinggalan terutama dalam…

Read More

Ireland iktiraf Negara Palestin

DUBLIN: Ireland secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin dan menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mendengar suara masyarakat antarabangsa dan menghentikan malapetaka kemanusiaan di Semenanjung Gaza. Perdana Menteri Ireland, Simon Harris, membuat kenyataan itu menyusul pendirian Norway dan Sepanyol yang secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin. “Kami ingin mengiktiraf negara Palestin selepas proses damai berakhir, tetapi kami mengambil langkah ini bersama Sepanyol dan Norway untuk menyokong keamanan,” kata Simon Harris Ketiga-tiga negara Eropah itu mengumumkan langkah berkenaan secara serentak minggu lepas dengan pemimpin mereka menyatakan bahawa mereka berhasrat negara-negara lain akan…

Read More

Komitmen kerjasama Singapura-Malaysia

SINGAPURA 28 Mei –  Perdana Menteri Lawrence Wong dan Menteri Luar Malaysia Mohamad Hasan menegaskan semula komitmen bersama untuk memperluaskan kerjasama yang saling mendatangkan manfaat kepada kedua-dua negara. Menerusi catatan di Facebooknya, Wong berkata, Malaysia adalah negara jiran terdekat ” Singapura, di samping “sejarah yang dikongsi” serta “kepentingan bersama”. Justeru, Singapura berharap dapat bekerjasama rapat dengan Malaysia bagi menggerakkan usaha memelihara kerjasama serantau, dengan Malaysia bakal menjadi Pengerusi ASEAN pada 2025.. Menurut Wong walaupun mereka telah bertemu beberapa kali sebelum ini, tetapi kali ini ia merupakan lawatan pertama Mohamad ke…

Read More

Hentikan jualan 2 produk rempah dari India

PUTRAJAYA 28 Mei –  Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan para peniaga menghentikan serta merta penjualan dua produk rempah dari India iaitu Everest Fish Curry Masala dan MDH Curry Powder yang dipercayai mengandungi etilena oksida. Peniaga yang dimaksudkan termasuk peniaga dalam talian manakala semua platform e-dagang serta media sosial diminta untuk menghentikan penyiaran iklan makanan itu. KKM dalam kenyataannya menjelaskan, Etilena Oksida sering digunakan untuk membunuh serangga perosak dan turut digunakan dalam rempah untuk mengawal cemaran mikrobiologi yang berpunca daripada bakteria, virus dan kulat. Selain itu, ia juga digunakan sebagai bahan aktif…

Read More