KUALA LUMPUR 25 Mei – Kongres Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2024 yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) sini, hari ini meluluskan 19 daripada 20 usul yang dibahaskan. Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, usul tersebut pemisahan kuasa Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya serta pelantikan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui Parlimen. Katanya, usul yang ditolak membabitkan penyelarasan maklumat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang tiada kena mengena dengan agenda reformasi institusi yang dibawa…
Read MoreDay: May 25, 2024
Isunya kesan terhadap rantaian ekonomi
KUALA LUMPUR 25 Mei – Isu pokok yang meresahkan rakyat adalah kesan pemotongan subsidi minyak terhadap keseluruhan rantaian ekonomi, yang pastinya akan melonjakkan lagi kos sara hidup, ketika harga barang sudah pun melambung tinggi. Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin berkata, pihaknya mengakui pemotongan subsidi diesel ini melibatkan sekelompok sosio masyarakat dan dijangka menjimatkan RM4 bilion setahun. “Tapi, ini juga bermakna akan ada sekumpulan besar rakyat perlu membayar RM4 bilion itu dari “kais pagi, makan pagi” mereka. Siapa yang akan tanggung kenaikan kos ini? Pastinya, kumpulan M40 dan B40 yang paling merasai…
Read More9,450 tiket ETS tambahan sempena Aidiladha
KUALA LUMPUR 25 Mei – Sebanyak 9,450 tiket tren ETS tambahan termasuk koc kelas perniagaan bagi laluan Padang Besar-KL Sentral dan sebaliknya serta KL Sentral-Butterworth akan mula dijual pada Ahad, 26 Mei mulai pukul 3 petang. Tren tambahan sempena Aidiladha itu akan beroperasi bermula 13 hingga 18 Jun dan 21 hingga 23 Jun bagi laluan Padang Besar ke KL Sentral dan sebaliknya manakala laluan Butterworth ke KL Sentral dan sebaliknya dari 13 hingga 18 Jun. Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), penambahan perkhidmatan ini bertujuan menampung permintaan tinggi semasa musim…
Read MoreFahami objektif penyasaran subsidi
MELAKA 25 Mei – Golongan belia di negara ini perlu memahami objektif di sebalik tindakan kerajaan melaksanakan penyasaran semula subsidi bahan api dan elektrik, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Katanya, golongan belia di Malaysia juga perlu memperkasakan diri dan menuntut pelaksanaan subsidi di negara ini disasarkan secara khusus kepada golongan kurang berkemampuan. Ini kerana, katanya, skim subsidi semasa di negara ini hanya menguntungkan pemilik perniagaan yang kaya, selain 3.8 juta warga asing. “Kerajaan baru-baru ini mengumumkan rasionalisasi subsidi diesel yang mana ia mesti diambil peduli oleh golongan belia memandangkan ia…
Read MoreOrkid ‘Aranda Ibrahim Iskandar’
SHAH ALAM – Satu spesies orkid hibrid baharu dinamakan sebagai ‘Aranda Ibrahim Iskandar’ bersempena dengan nama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Orkid hibrid berkenaan, dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda pada Majlis Perasmian Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam, di sini. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, dalam ucapan sembah alu-aluan pada majlis itu berkata orkid hibrid berkenaan didaftarkan dengan Penguat Kuasa Pendaftaran Antarabangsa Hibrid Orkid di England. Katanya, bunga oren kemerahan itu membawa maksud bersemangat, berani, tegas dalam membuat keputusan, optimis dan berkepimpinan, sekali…
Read MoreLaksanakan janji reformasi institusi
KUALA LUMPUR 25 Mei – Kerajaan digesa mempercepatkan reformasi institusi yang dijanjikan termasuk memisahkan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya, dan pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui Parlimen. Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, kestabilan politik yang ada kini sepatutnya masa yang sesuai untuk kerajaan melaksanakan reformasi institusi yang dijanjikan sebelum pilihan raya. Katanya, tahun lalu, dalih politik dijadikan alasan untuk tidak melaksanakan reformasi itu terutama beberapa cubaan untuk menjatuhkan kerajaan, selain kesibukan pemimpin membuat persiapan pilihan raya di enam buah negeri.…
Read MorePerjanjian pandemik gagal dimuktamadkan
GENEVA: Perjanjian global bagi kesiapsiagaan pandemik masa depan yang disifatkan penting, gagal dimuktamadkan apabila sesi rundingannya, berakhir tanpa kata sepakat dalam kalangan 194 negara yang terbabit. Namun, terdapat beberapa negara yang masih mahu persetujuan dicapai bagi memeterai perjanjian berkenaan. Malah, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, menegaskan bahawa perkembangan itu bukanlah suatu kegagalan. Sebaliknya, kata beliau, pihaknya mahu semua negara melihatnya sebagai peluang yang baik untuk kembali semula dengan semangat lebih tinggi. “Ini bukan kegagalan. Dunia masih memerlukan perjanjian pandemik dan kita perlu bersedia,” katanya selepas rundingan…
Read MoreBerita pilihan….
45,000 minoriti Rohingya larikan diri
GENEVA: Pertempuran yang semakin memuncak di negeri Rakhine, Myanmar yang dilanda konflik, memaksa kira-kira 45,000 minoriti Rohingya melarikan diri, kata jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Elizabeth Throssell. Beliau berkata, mereka bertindak nekad melarikan diri susulan dakwaan pembunuhan dan pembakaran harta benda dilakukan, sama ada oleh Tentera Arakan (AA) atau tentera junta Myanmar yang memerintah. “Puluhan ribu orang awam telah kehilangan tempat tinggal dalam beberapa hari kebelakangan ini akibat pertempuran di perbandaran Buthidaung dan Maungdaw. “Dianggarkan 45,000 Rohingya dilaporkan telah melarikan diri ke kawasan di Sungai Naf berhampiran sempadan Bangladesh, mencari…
Read More48 kematian akibat panas melampau
MEXICO CITY: Mexico mencatatkan 48 kematian akibat gelombang haba sejak Mac, manakala lebih 950 orang mengalami pelbagai kesan kesihatan akibat kepanasan melampau, demikian menurut kementerian kesihatan. Tahun lalu, Mexico melaporkan rekod 419 kematian berkaitan haba pada musim panas, antara Mac hingga Oktober, di negara dengan 129 juta penduduk itu. Presiden Andres Manuel Lopez Obrador menyifatkan cuaca panas tahun ini sebagai ‘luar biasa’! fenomena semula jadi yang sangat dikesali berkaitan dengan perubahan iklim. Katanya, suhu tinggi dan kekurangan angin memburukkan lagi masalah pencemaran khususnya di Mexico City. Ibu kota, yang terletak…
Read More