Tidak mustahil demonstrasi jalanan kembali

KUALA LUMPUR 25 Mei – Kongres Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2024 yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) sini, hari ini meluluskan 19 daripada 20 usul yang dibahaskan.

Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, usul tersebut
pemisahan kuasa Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya serta pelantikan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui Parlimen.

Katanya, usul yang ditolak membabitkan penyelarasan maklumat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang tiada kena mengena dengan agenda reformasi institusi yang dibawa dalam kongres itu.

Beliau berkata, kongres yang disertai 420 ahli dan penyokong BERSIH itu
mendapat sambutan yang baik terutama dari golongan belia dan mahasiswa.

“Selaras dengan agenda reformasi, kongres hari ini menjadi permulaan untuk BERSIH menyelusuri kampus-kampus universiti supaya mahasiswa boleh bersuara dan lebih peka dalam isu reformasi dalam kampus.

Agenda reformasi akan terus dalam hati rakyat,” katanya kepada media selepas Kongres BERSIH 2024, disini, hari ini.

Ditanya sama ada BERSIH akan meneruskan agenda demonstrasi jalanan, Muhammad Faisal berkata demonstrasi jalanan antara perancangan BERSIH yang turut diberikan perhatian.

“Dengan momentum yang ada hari ini, tidak mustahil demonstrasi jalanan akan dimulakan semula untuk memberi tekanan kepada kerajaan bagi mempercepatkan reformasi dijanjikan,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada tempoh masa yang diberikan kepada kerajaan bagi menjayakan agenda reformasi yang dijanjikan.

Dalam deklarasi selepas kongres itu, BERSIH berikrar menyemarakkan semangat kebersamaan rakyat, untuk mengangkat martabat dan daulat rakyat sebagai kunci utama keberkesanan perjalanan demokrasi.

BERSIH juga akan memandu fasa perubahan demokrasi selepas Pilihan Raya Umum ke-14 dan ke-15 yang menjadi titik penting kepada agenda reformasi dan pendemokrasian negara.

Selain itu, BERSIH berikrar untuk menggerakkan agenda melawan ‘penyakit lupa’ agar agenda reformasi negara tidak tertanggal daripada minda dan jiwa kerajaan pemerintah, ahli-ahli politik dan akhirnya terlepas daripada genggaman rakyat.

BERSIH juga berikrar memainkan peranan sebagai gerakan semak dan imbang yang berkesan kepada kerajaan pemerintah dalam isu tatakelola, keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment