KUALA LUMPUR 25 Mei – Sebanyak 9,450 tiket tren ETS tambahan termasuk koc kelas perniagaan bagi laluan Padang Besar-KL Sentral dan sebaliknya serta KL Sentral-Butterworth akan mula dijual pada Ahad, 26 Mei mulai pukul 3 petang.
Tren tambahan sempena Aidiladha itu akan beroperasi bermula 13 hingga 18 Jun dan 21 hingga 23 Jun bagi laluan Padang Besar ke KL Sentral dan sebaliknya manakala laluan Butterworth ke KL Sentral dan sebaliknya dari 13 hingga 18 Jun.
Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), penambahan perkhidmatan ini bertujuan menampung permintaan tinggi semasa musim perayaan dan mengelakkan kesesakan trafik bagi yang ingin pulang ke kampung halaman.
Orang ramai disaran membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) yang boleh dimuat turun melalui Play Store, Appstore dan App Gallery atau membuat pembelian terus menerusi laman sesawang rasmi KTMB.
Nnnn
