SINGAPURA 21 Mei – Seorang penumpang maut dan sekurang-kurangnya 30 lagi cedera apabila pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) dari Lapangan Terbang Heathrow, London menuju Singapura mengalami gelora udara (turbulent) yang kuat. Dalam satu catatan Facebook, SIA memaklumkan bahawa pesawat SQ 321 itu dilencongkan ke Bangkok untuk melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada pukul 3.45 petang, 21 Mei. “Kami boleh mengesahkan bahawa terdapat kecederaan dan satu kematian di atas pesawat Boeing 777-300 ER. “Kesemuanya, terdapat seramai 211 penumpang dan 18 kru di dalam pesawat. SIA mengucapkan takziah kepada keluarga…
Read MoreDay: May 21, 2024
36,598 pengundi baharu April 2024
PUTRAJAYA 21 Mei – Daftar Pemilih Tambahan Bulan April 2024 (DPT BLN4/2024) yang diperaku dan diwartakan hari ini, mengandungi 36,598 nama warganegara yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak.berkata, daftar itu juga mengandungi 5,204 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,452 pemilih bertukar status atau kategori pengundi. Untuk rekod, sebanyak 38,729 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan sebagai pemilih baharu dalam tempoh sepanjang Mac 2024 berbanding 33,983 nama dalam tempoh 1 hingga 29 Februari lalu. Susulan itu, Daftar…
Read MoreMantapkan perkhidmatan umrah musim 1446H
KUALA LUMPUR 21 Mei – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengingatkan agensi pengendali umrah supaya lebih bersedia memberi perkhidmatan yang lebih baik secara keseluruhannya kepada jemaah pada musim umrah 1446H. Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, setiap agensi perlu memantapkan prestasi masing-masing. Katanya, ini termasuk dari segi kecekapan dan keberkesanan pengurusan pentadbiran, operasi, kewangan, pembangunan perniagaan, termasuklah kecekapan dan kepantasan memasar dan mengedar produk masing masing. Tawaran pakej yang lebih murah juga dialu-alukan bagi memberi peluang kepada lebih ramai masyarakat Islam menunaikan ibadah umrah. Pada…
Read MoreMusa Hitam lancar KU LI: Memoir 205
KUALA LUMPUR 21 Mei – Musa Hitam melancarkan buku bertajuk KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik rakan seperjuangannya, bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah. Bekas Perdana Menteri itu ketika berucap di majlis pelancaran KU LI: Memoir 205 turut mengakui kehebatan bekas veteran UMNO yang juga bekas Ahli Parlimen Gua Musang itu sehingga kini. “Ku Li boleh dikatakan kehidupan dia, pelajaran, jawatan dia pegang dan juga pengalaman dalam bidang politik boleh dikatakan ada sedikit sebanyak serupa saya. Ku Li juga disifatkan sebagai ‘The Wizard’ (ada ‘kuasa ajaib’) ketika…
Read MoreKekalkan ‘peranan’ UITM – Ku Li
KUALA LUMPUR 21 Mei – Tengku Razaleigh Hamzah berkata peranan Universiti Teknologi Mara (UiTM) perlu dikekalkan khususnya membabitkan hanya kemasukan pelajar Bumiputera ke universiti terbabit. Veteran UMNO itu berkata, peranan UiTM boleh diubah sekiranya terdapat keadaan yang mendesak. “Kalau kita bina atau tubuhkan satu-satu badan bagi sesuatu tujuan, kekalkanlah. Ada masanya kita boleh ubah kalau kita perlu ubah. Tetapi pada masa ini nampaknya keadaan tidak mengizinkan. Jadi kita teruskanlah dengan tujuan asal, ” katanya tanpa menjelaskan lanjut keadaan apa yang membolehkan peranan UiTM diubah. Bekas Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata…
Read More“Ayuh, kita bangkit bersama”
KUALA LUMPUR 21 Mei – Menyedari banyak syarikat umrah yang tidak berjaya meneruskan semula perniagaan selepas pandemik Covid-19, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia), mengambil inisiatif mengadakan program Bangkit Usahawan Umrah. Forum sehari itu berlangsung di auditorium Wisma Andalusia di sini yang dihadiri lebih 300 peserta terdiri daripada agensi dan ejen umrah tempatan serta dari Brunei dan Indonesia. Dua penceramah ditampilkan iaitu Pengasas dan Pengerusi Richworks International Sdn. Bhd. (Richworks), Dr. Azizan Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif Momentum Digital Sdn. Bhd. (Momentum Digital), Najib Assadok. Pengarah Merangkap Penasihat Undang-Undang…
Read MoreTiada permit umrah tanpa permit haji
RIYADH 21 Mei – Permit umrah tidak akan dikeluarkan bagi mereka yang tidak mempunyai permit haji yang disahkan antara 16 Zulkaedah (24 Mei) hingga 20 Zulhijah (26 Jun). Ini bermakna, mereka yang tidak mempunyai visa haji dilarang memasuki Makkah untuk mengerjakan umrah dan berisiko didenda jika melanggar peraturan itu. Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkata langkah itu bagi memudahkan jemaah haji dari seluruh dunia menunaikan ibadah mereka dengan selesa di Masjidilharam di Makkah. Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan bahawa ia akan mula mengenakan denda 10,000 riyal (RM12,510) ke…
Read MorePilihan raya Presiden Iran 28 Jun
TEHRAN: Iran menetapkan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih presiden baharu, bagi mengisi kekosongan selepas penyandang jawatan itu, Ebrahim Raisi terbunuh dalam nahas helikopter dinaikinya di Varzaqan, barat laut Iran Ahad lalu. Menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA), pendaftaran calon akan berlangsung dari 30 Mei hingga 3 Jun dan kempen pilihan raya ditetapkan dari 12 hingga 27 Jun. Perkara 131 Perlembagaan Republik Islam Iran mewajibkan pembentukan sebuah majlis untuk menguruskan hal ehwal eksekutif negara untuk tempoh 50 hari dan bersedia untuk pilihan raya presiden. Sementara itu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip…
Read MorePN kumpul bukti kemuka petisyen pilihan raya
KUALA LUMPUR 21 Mei – Perikatan Nasional (PN) sedang mengumpul fakta dan bukti salah laku dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu sebelum mengemukakan petisyen kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pengerusi PN Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata arahan berkenaan dikeluarkan oleh Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin kepada semua Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi mengumpulkan fakta sebelum disemak peguam. Azmin yang juga Pengarah PRK Kuala Kubu Bharu PN berkata, pihaknya turut meletakkan satu tempoh sebelum petisyen itu dihantar namun semuanya tertakluk kepada pengumpulan bukti berkenaan. Seramai…
Read More