Ahli perniagaan calon PN PRK KKB

HULU SELANGOR 25 April –  Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut dipilih sebagai calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, pada 11 Mei ini.

Pemilihan anak tempatan yang juga seorang ahli perniagaan itu diumumkan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin di sini malam ini.

Semalam, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon DAP mewakili Kerajaan Perpaduan atas tiket Pakatan Harapan (PH).

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya yang mewakili PH daripada DAP, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Kuala Kubu Bharu adalah kerusi kawasan pilihan raya campuran, dengan pengundi Melayu mewakili 46 peratus, pengundi Cina 30 peratus, pengundi India 18 peratus, dan lain-lain enam peratus.

BERIKUT PROFIL CALON PN KHAIRUL AZHARI  SAUT

Anak tempatan, kampung keluarga di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu.

PENDIDIKAN :

• SK Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu

• SMK Felda Soeharto, Kuala Kubu Bharu

• Universiti Malaya (Diploma Eksekutif Pengurusan, 2019)

• Universiti Malaysia Pahang (Master Eksekutif Pengurusan Perniagaan, 2021)

KERJAYA:

• Kini menjawat jawatan Pengurus Besar, Global Valley Venture Sdn Bhd

• Pernah bertugas sebagai :

• Ahli Majlis, Majlis Daerah Hulu Selangor

• Pengurus Besar, Petrogas Resources

• Head Of Oil & Gas Dept, Damini Corp

• Finance Executive, Bursa Malaysia

PENGLIBATAN POLITIK :

• Pemangku Ketua Bahagian BERSATU Hulu Selangor (2023 – Kini)

• Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Hulu Selangor (2019 -2023)

• Naib Ketua Bahagian BERSATU Hulu Selangor (2016 -2019)

Related posts

Leave a Comment