PM nafi kasino di Forest City Johor

PUTRAJAYA 25 April – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan kerajaan akan meluluskan sebuah lagi kasino berlesen di Forest City, Johor.

Beliau yang juga Menteri Kewangan  juga menyatakan, laporan media yang memetik sumber, bahawa terdapat rancangan untuk membuka kasino berlesen kedua itu adalah tidak betul.

“Tiada kasino berlesen…tipu…tidak betul,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Madani Muhibah Aidilfitri, di pekarangan Kementerian Komunikasi serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sebelum ini, Bloomberg dengan memetik sumber, melaporkan Perdana Menteri bertemu dengan dua hartawan terkemuka minggu lalu bagi membincangkan rancangan membuka kasino di Forest City.

Laporan itu mendakwa Anwar, pegawai kanan kerajaan dan ahli perniagaan mengadakan makan tengah hari dan mesyuarat mengenai kemungkinan memberikan lesen kasino kedua Malaysia.

Menurut laporan itu, turut berada pada mesyuarat itu ialah Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Vincent Tan dan bekas Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Genting Hong Kong Ltd, Lim Kok Thay.

Related posts

Leave a Comment