SPRM siasat Dr Mahathir, dua anak

GUA MUSANG 23 April – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Azam Baki berkata, bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.

Susulan penyiasatan itu, kedua-dua anaknya juga telah diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Beliau bagaimanapun tidak berhasrat untuk memperincikan lagi maklumat lanjut berhubung kes itu, dan apa kesalahan yang dilakukan kesemua mereka.

“Biarkan SPRM meneruskan siasatan terlebih dahulu sehingga saya fikirkan satu masa yang sesuai untuk kita nyatakan hasil dapatan kes siasatan berkenaan,” katanya selepas merasmikan Pejabat SPRM Cawangan Gua Musang di Dewan Datuk Ariffin Said Ibu Pejabat KESEDAR, Gua Musang di sini, hari ini.

SPRM pada Januari lepas meminta kedua-dua anak Dr Mahathir, Mirzan dan Tan Sri Mohkzani, mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangan sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.

Mokhzani pula disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Dalam pada itu, SPRM mendapat petunjuk baharu mengenai keberadaan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang juga menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, susulan transaksi kad kredit milik ahli perniagaan itu.

Menurut Azam, pihaknya turut mendapatkan kerjasama daripada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan Muhammad Adlan.

“Ada petunjuk baharu beliau berada di suatu tempat hasil daripada pemantuan kita terhadap penggunaan kad kreditnya. Beliau berada di beberapa buah negara, kita sudah memohon kepada pihak Interpol untuk mengesan.

Tetapi dalam kes beliau, kita masih lagi mengesan dengan cara kita bagi tujuan untuk dituduh di mahkamah.Sehingga sekarang tidak ada lagi makluman daripada beliau dan juga seorang peguam,” katanya.

Beliau menggesa Muhammad Adlan dan pegumnya untuk tampil dan menghadapi pertuduhan yang akan dikenakan terhadap mereka.
Nnnn

 

Related posts

Leave a Comment