Sultan Selangor puji Goodyear

SHAH ALAM 15 Mac – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memuji syarikat pengeluar tayar global, Goodyear atas sumbangannya kepada ekonomi Selangor dan Malaysia serta sektor automotif sejak 52 tahun lalu. Dalam hantaran di Facebook Selangor Royal Office hari ini, baginda bertitah, sebagai salah sebuah syarikat pengeluar tayar terkemuka dunia, Goodyear Malaysia telah mencapai prestasi cemerlang dari segi jualan mahupun teknologi. Baginda bertitah demikian berikutan pengumuman penutupan kilang Goodyear di Shah Alam mulai Jun depan selepas beroperasi selama lima dekad. Sultan Sharafuddin bertitah, syarikat itu menjadi kilang tayar Goodyear pertama…

Read More

Benih kurma dalam genggaman Syuhada

PELUANG dalam kehidupan akan sentiasa terbentang sepanjang hayat dan ianya teguh berdiri sehinggalah detik terakhir kehidupan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan seorang daripada kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat, maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala.” (Hadis Riwayat  Al-Bukhari). Melihat foto yang tular semalam teringat hadis di atas. Sumber: IG Dr. Ahmad Moghrabi menceritakan kisah sedih ini yang bertajuk “Biji Kurma tumbuh mekar dalam genggaman tangan Sang Syuhada”. “Gambar ini menunjukkan tangan seorang Syuhada’ Gaza yang muncul di…

Read More

Iftar di masjid elak bazir di hotel, bazar Ramadan

HARI ketiga Ramadan, di mana berbuka hari ini? Walau di mana sahaja, sama ada di rumah, masjid, surau, gerai, restoran mamak, cafe sehinggalah ke hotel ‘berbintang-bintang’, elakkan pembaziran. Ingat mereka yang sedang kelaparan. Setiap kali Ramadan, bukan sekadar pembaziran wang ringgit tetapi juga makanan atau minuman yang akhirnya menjadi habuan tong sampah, sama ada tidak habis di makan atau makanan rosak, basi. Khabarnya tahun ini, umat Islam negara ini akan berbelanja lebih RM30 bilion untuk juadah puasa kali ini meliputi di bazar Ramadan, restoran dan hotel. Itu pandangan, seorang pakar…

Read More

Telur mata harga melampau di bazar Ramadan

KUALA LUMPUR 14 Mac – Telur mata RM4.50? Itu persoalan yang ditimbulkan seorang penyokong kerajaan mengenai peniaga bazar Ramadan didakwa mengambil kesempatan menaikkan harga makanan. Aminolhuda Hassan (PH-Seri Gading) berkata beliau memperoleh maklumat mengenai harga telur itu menerusi perkongsian yang tular di media sosial. “Dalam media kita dapat dengar begitu ramai rakyat merungut harga barang di bazar Ramadan ini meningkat cukup tinggi. Sehingga tular dalam media sosia telur mata (dijual pada harga) sampai RM4.50. Ini dilaporkan rakyat dalam media sosial. Soalan saya, Ops Pantau KPDN (Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Read More

KPDN pantau kurma dari Israel

KUALA LUMPUR 14 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengharapkan kerjasama masyarakat dan aduan awam dalam usaha memantau produk kurma dari Israel yang berada di pasaran. Menterinya, Armizan Mohd Ali berkata pemantauan tersebut dijalankan melalui pelbagai akta di bawah KPDN khususnya Akta Perihal Dagangan 2011. Pada masa yang sama, KPDN juga memasukkan dalam prosedur operasi standard (SOP) dan terma rujukan Ops Pantau yang dilancarkan khas untuk Ramadan dan Aidilfitri, untuk melihat secara terperinci penjualan kurma yang didakwa tersebut. “Dan kita berharap kerjasama daripada seluruh masyarakat…

Read More

Sekolah disaran langgan BH, Utusan, Sinar

PUTRAJAYA 14 Mac – Bagi memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di negara ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah. Justeru, sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia diseru untuk melanggan akhbar utama berbahasa Melayu iaitu Berita Harian, Utusan Malaysia dan Sinar Harian. Dalam satu kenyataan, KPM memaklumkan, pembelian akhbar boleh dilakukan terus oleh pihak sekolah menggunakan peruntukan sedia ada. KPM memaklumkan inisiatif itu dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid. Awal tahun ini, KPM bersetuju menarik balik arahan larangan langganan akhbar Utusan Malaysia…

Read More

Tanggungan pencen meningkat RM1b tiap tahun

KUALA LUMPUR 14 Mac – Pembayaran pencen yang ditanggung kerajaan meningkat lebih RM1 bilion setiap tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa. Bayaran pencen itu merangkumi pesara perkhidmatan awam, ahli Parlimen dan anggota pentadbiran, setiausaha politik dan hakim. Dr Zaliha memberitahu, kerajaan membayar RM32.01 bilion kepada 931,707 pesara tahun lalu, meningkat RM1.75 bilion berbanding tahun sebelumnya yang dibayar kepada 902,999 pesara. Pada 2022 kerajaan membayar pencen sebanyak RM30.26 bilion, meningkat RM2.22 bilion berbanding 2021 yang dibayar kepada 878,441 pesara membabitkan bayaran RM28.04 bilion. “Untuk 2020,…

Read More

Virus H5N1 merebak lebih agresif

SAO PAULO: Virus selesema burung H5N1 yang boleh membawa maut telah merebak dengan lebih agresif dalam kalangan burung liar dan mamalia marin sejak tiba di Amerika Selatan pada 2022, meningkatkan risiko dan ancaman yang lebih besar kepada manusia. Menurut saintis, kebimbangan berkenaan menjadi lebih besar kerana virus berkenaan sebelum ini hanya dijangkiti dalam kalangan burung, namun kini ia telah merebak menjangkiti mamalia. Virus jenis itu turut membunuh sekumpulan ikan lumba-lumba di Chile dan Peru dan kira-kira 50,000 anjing laut dan singa laut di sepanjang pantai, dan sekurang-kurangnya setengah juta burung…

Read More