Sekolah disaran langgan BH, Utusan, Sinar

PUTRAJAYA 14 Mac – Bagi memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di negara ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah.

Justeru, sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia diseru untuk melanggan akhbar utama berbahasa Melayu iaitu Berita Harian, Utusan Malaysia dan Sinar Harian.

Dalam satu kenyataan, KPM memaklumkan, pembelian akhbar boleh dilakukan terus oleh pihak sekolah menggunakan peruntukan sedia ada.

KPM memaklumkan inisiatif itu dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid.

Awal tahun ini, KPM bersetuju menarik balik arahan larangan langganan akhbar Utusan Malaysia membabitkan kementerian, jabatan, sekolah dan institusi di bawah seliaannya berkuat kuasa serta-merta.

Ia pembatalan arahan terhadap memo dikeluarkan enam tahun lalu yang mela­rang semua agensi di bawah kementerian termasuk sekolah me­langgan akhbar Utusan Malaysia.

Related posts

Leave a Comment