Benih kurma dalam genggaman Syuhada

PELUANG dalam kehidupan akan sentiasa terbentang sepanjang hayat dan ianya teguh berdiri sehinggalah detik terakhir kehidupan.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan seorang daripada kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat, maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala.”

(Hadis Riwayat  Al-Bukhari).

Melihat foto yang tular semalam teringat hadis di atas. Sumber: IG Dr. Ahmad Moghrabi menceritakan kisah sedih ini yang bertajuk “Biji Kurma tumbuh mekar dalam genggaman tangan Sang Syuhada”.

“Gambar ini menunjukkan tangan seorang Syuhada’ Gaza yang muncul di sebalik runtuhan bangunan, dalam genggamannya tumbuh mekar menghijau pucuk daunnya daripada sebiji kurma.

Apa yang lebih dikagumi daripada proses tumbuhnya pucuk muda biji kurma ini, bagaimana dipelihara jasadnya Syuhada’ ini (lebih daripada 3 bulan dibawah runtuhan).

Ajaibnya, tapak tangannya bersama jari jemari, tisunya, kukunya, malah cap jarinya serta sambungan struktur ke pergelangan tangannya dan warna kulitnya, bukti bahawa hampir tiada dekomposisi dan tidak berlaku proses leraian sel dan tisu, menunjukkan kematian jasadnya baru saja berlaku beberapa jam walhal proses pertumbuhan daripada sebiji kurma memakan masa yang lama.

Bukti dan kekuasan daripada Allah bahawa pemilik jasadnya adalah dari kalangan Syuhada’ yang tidak dimamah bumi apatah lagi mereput.

Maha Suci Allah, kasihNya kepada Syuhada’ Bumi Gaza,”

Demikian catatan daripada IG Dr. Ahmad Moghrabi.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment