Sultan Pahang dukacita laporan portal

KUANTAN 31 Mac – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita bertarikh 22 Mac lalu yang memuat naik laporan bertajuk ‘Sultan Pahang beri amaran terhadap amalan bawaan Pas’. Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mejar Jeneral Mohamed Zahari Yahya, berkata laporan itu bersifat fitnah dan boleh memberikan implikasi yang negatif sehingga mampu mendorong kepada suasana yang tidak harmoni dalam masyarakat. “Paduka baginda menegaskan bahawa titah baginda ketika sesi Taklimat Pembangunan daerah Maran di Akademi Tani Chenor, Maran itu tidak…

Read More

Cubaan calar imej, kredibiliti – Fadhlina

KUALA LUMPUR 31 Mac –  Video tular di media sosial berkaitan isu kafir diambil di luar konsensus dan diselewengkan konteks yang disifatkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebagai cubaan jahat mahu mencalarkan imej dan kredibilitinya. Fadhlina juga menyifatkan tindakan itu turut berniat mencetuskan kekecohan dalam isu berkaitan 3R (agama, bangsa dan institusi raja) dengan memercikkan pemesongan makna ucapan sebenar sehingga beliau ditohmah dengan ujaran kebencian, tuduhan tidak benar dan fitnah selain diancam keselamatan. Sehubungan itu, beliau berkata peguamnya dalam proses mengumpulkan bukti menerusi media sosial yang pelbagai termasuklah dalam bentuk hantaran,…

Read More

10.61 juta kemas kini PADU

PUTRAJAYA 31 Mac – Setakat pukul 11.59 malam 30 Mac, sebanyak 10.61 juta rakyat Malaysia mengemaskini maklumat  dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan berakhir hari ini. Selangor menjadi negeri paling tinggi mengemaskini PADU iaitu sebanyak 1.56 juta diikuti Johor (1.10 juta), Perak (0.98 juta), Sarawak (0.90 juta), Sabah (0.83 juta) dan Kedah (0.76 juta). Kelantan merekodkan 0.76 juta, Kuala Lumpur (0.57 juta), Pulau Pinang (0.56 juta), Pahang (0.55 juta), Terengganu (0.46 juta), Negeri Sembilan (0.42 juta), Melaka (0.30 juta), Perlis (0.11 juta), Putrajaya (0.3 juta) dan Labuan (0.2…

Read More

2.5 tan makanan, minuman bazar dikumpul

KOTA BHARU 31 Mac –  Program MySaveFood berjaya mengumpul hampir 2.5 tan makanan dan minuman yang tidak terjual di empat bazar Ramadan di sini dalam tempoh dua minggu bermula 1 Ramadan lalu. Makanan dan minuman itu dikumpulkan oleh sukarelawan daripada Gerakan Pengguna Siswa (GPS) membabitkan Bazar Ramadan Rahmah di Mydin Hipermall Tunjong; Kubang Kerian; Pengkalan Chepa serta Pantai Irama (Bachok). Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata program bertujuan menyelamatkan makanan dan minuman yang tidak habis dijual oleh peniaga serta mengelakkan pembaziran. Antara…

Read More

Tunjuk perasaan desak Netanyahu letak jawatan

BAITULMADQIS: Ratusan orang melakukan bantahan di hadapan rumah Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, menuntut beliau meletak jawatan dan mendesak kerajaan segera menamatkan krisis susulan perang Israel-Palestin. Penunjuk perasaan turut menyekat jalan utama di Tel Aviv bagi menggesa pembebasan tebusan yang ditahan hamas di Gaza dan mengkritik cara kerajaan Israel mengendalikan perang. Tindakan itu menyebabkan polis menembak meriam air terhadap penunjuk perasaan yang menyalakan api dan menggunakan lori untuk menghalang kedua-dua laluan lebuh raya. Penunjuk perasaan anti-kerajaan pula berkumpul berdekatan bangunan di luar Kementerian Pertahanan dan menyalahkan Netanyahu berhubung nasib tebusan. Mereka…

Read More

9,000 pesakit perlu rawatan kecemasan

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kira-kira 9,000 pesakit di Semenanjung Gaza memerlukan pemindahan untuk rawatan kecemasan, ketika hanya 10 hospital yang berfungsi secara minimum. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata beribu-ribu pesakit gagal mendapat penjagaan kesihatan berikutan 10 hospital yang ada hampir tidak berfungsi berbanding terdapat 36 hospital di Gaza sebelum perang. “Sekitar 9,000 pesakit perlu dipindahkan segera ke luar negara untuk perkhidmatan kesihatan termasuk rawatan kanser, kecederaan akibat tembakan, dialisis buah pinggang dan penyakit kronik lain,” katanya. Israel berikrar untuk menghapuskan Hamas selepas serangan 7 Oktober dan…

Read More

Lagi KK Mart diserang molotov cocktail’

KUANTAN 30 Mac – Sebuah lagi kedai serbaneka KK Mart yang baharu beroperasi dua minggu lalu di daerah ini, diserang dengan ‘molotov cocktail’ pada pukul 5.14 pagi ini menyebabkan berlaku kebakaran kecil di bahagian pintu masuk kedai terbabit. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata, berdasarkan siasatan, ketika kejadian, dua kakitangan, masing-masing seorang lelaki dan wanita berada di dalam kedai. “Pada masa itu, secara tiba-tiba kakitangan wanita yang juga juruwang terkejut kerana ada satu balingan molotov cocktail dari luar premis dan jatuh di atas karpet…

Read More