36,978 didaftarkan sebagai pemilih baharu

PUTRAJAYA 22 Feb. – Sebanyak 36,978 warganegara berumur 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu sepanjang tempoh 1 hingga 31 Januari 2024, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak. Katanya, Daftar Pemilih Tambahan Bulan Januari 2024 (DPT BLN1/2024) yang diperaku semalam serta diwartakan hari ini, dibuka untuk semakan selama 30 hari sehingga 21 Mac ini. Untuk rekod, sebanyak 38,285 warganegara didaftarkan sebagai pemilih baharu sepanjang bulan Disember 2023 berbanding 39,137 orang pada November dan 43,657 pada bulan sebelumnya. Ikmalrudin berkata, senarai berkenaan juga mengandungi 6,692 orang…

Read More

Sarawak rakam ucapan takziah

KUCHING 21 Feb. – Kerajaan Sarawak merakamkan takziah kepada seluruh keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri, Allahyarham Abdul Taib Mahmud dan mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat. Premier , Abang Johari Abang Openg berkata, susulan tempoh berkabung dua hari, masjid dan rumah ibadah agama lain digalakkan mengadakan majlis doa bagi memperingati pemergian Allahyarham. Terdahulu, Abang Johari serta tiga timbalannya, Douglas Uggah Embas, Dr Sim Kui Hian dan Awang Tengah Ali Hasan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bagi menyambut ketibaan jenazah pada pukul 4.26 petang tadi. Jenazah diterbangkan dengan pesawat…

Read More

Pantau ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani

PUTRAJAYA 21 Feb . – Polis akan memantau kegiatan seorang lelaki mendakwa warga Maghribi yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’ yang mengaku berada dalam jalur keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW. Menteri Dalam Negeri (KDN), Saifuddin Nasution Ismail berkata polis akan bekerjasama dengan pihak agama negeri bagi memantau daripada aspek ketenteraman awam membabitkan individu berkenaan termasuk pengikutnya. Saifuddin mengesahkan individu berkenaan sering keluar masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan berada di negara ini selama 90 hari. Mengikut rekod, lelaki itu adalah warga Algeria dan…

Read More

PML-N, PML-N setuju kongsi kuasa

ISLAMABAD: Pemimpin dua parti utama di Pakistan,  Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) dan The Pakistan Peoples Party (PPP) mencapai perjanjian perkongsian kuasa bersama beberapa parti yang lebih kecil. Mereka turut menamakan Shehbaz Sharif sebagai perdana menteri dan Asif Ali Zardari, suami kepada bekas perdana menteri, Benazir Bhutto yang dibunuh, sebagai presiden. “PPP dan PML-N sudah mencapai jumlah itu dan kami akan membentuk kerajaan,” kata pengerusi PPP, Bilawal Bhutto Zardari, anak kepada Asif dan Benazir pada sidang media di sini. Pilihan raya ini gagal menentukan pemenang manakala calon yang setia kepada bekas…

Read More

Sarawak berkabung dua hari

KUCHING 21 Feb. – Kerajaan Sarawak mengisytiharkan perkabungan selama dua hari pada 21 dan 22 Februari sebagai menghormati pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri, Abdul Taib Mahmud. Menurut kenyataan rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri, Abu  Bakar Marzuki, semua majlis rasmi yang melibatkan acara-acara hiburan hendaklah ditangguhkan manakala bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang. Jenazah dijangka tiba pada pukul 3.30 petang ini dari Kuala Lumpur dan akan terus dibawa ke rumah beliau di Demak Jaya, Jalan Bako. Keesokannya, jenazah akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir…

Read More

Taib Mahmud meninggal dunia

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Bekas Yang di-Pertua Negeri yang juga Ketua Menteri paling lama di Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, meninggal dunia di Kuala Lumpur, pagi ini. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.28 pagi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL). Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Abdul Karim Rahman Hamzah, yang mengesahkan demikian berkata, jenazah akan diuruskan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum diterbangkan balik ke Kuching, hari ini. Beliau berkata, penghormatan terakhir terhadap tokoh berusia 87 tahun itu akan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN)…

Read More

Anwar didesak tunai janji reformasi Parlimen

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Satu kumpulan pendesak hari ini menuntut kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk menunaikan janji-janjinya sewaktu menerajui blok pembangkang sebelum ini. Kumpulan yang melibatkan individu yang aktif dalam masyarakat sivil, pemikir, ilmuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menggesa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu membentangkan pelan tindakan untuk reformasi Parlimen. Pada masa yang sama gerakan yang dikenali sebagai The Seed Community for a Professional Parliament (SCPP) itu mengingatkan Ahli Parlimen Tambun itu supaya menetapkan waktu yang jelas. SCPP dianggotai Projek SAMA, Institusi Pembaharuan Politik…

Read More

Prestasi ringgit dipengaruhi faktor luaran

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Prestasi ringgit sejak kebelakangan ini, sama seperti mata wang serantau lain telah dipengaruhi oleh beberapa faktor luaran, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abdul Rasheed Ghaffour. Sebahagian daripada faktor ini termasuk pelarasan pasaran kepada perubahan jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kebimbangan geopolitik dan ketidaktentuan yang menyelubungi prospek ekonomi China. Dalam satu kenyataan, Abdul Rasheed berkata, BNM berpandangan bahawa paras semasa ringgit tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia menuju ke hadapan. Gabenor bank pusat itu berkata, pertumbuhan pada 2024 akan dipacu oleh peningkatan dalam permintaan…

Read More