SEPANG 22 Feb. – Mengemis tetapi mampu memiliki kereta Proton X70 Premium. Begitulah kehidupan seorang pengemis Orang Kurang Upaya (OKU) yang terbongkar dalam satu operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Maran. Lelaki OKU yang memiliki kedua-dua tangan yang kecil itu juga memperoleh sehingga RM500 kutipan sumbangan orang ramai dalam tempoh empat hingga lima jam ketika berada di mana-mana di pasar malam. JKM Maran melalui Facebooknya mendedahkan, ketika dihampiri pegawai JKM, lelaki yang berjubah dan berkopiah itu berdiri di celahan payung peniaga pasar malam sambil memegang beg kertas meminta simpati orang ramai…
Read MoreMonth: February 2024
Selamat dikebumikan di sebelah kubur isteri
KUCHING 22 Feb. – Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri, Abdul Taib Mahmud dikebumikan dengan istiadat penghormatan negeri pada pukul 1.50 tengah hari ini di Tanah Perkuburan Demak. Kira-kira 1,000 ahli keluarga, kenamaan, pegawai kerajaan serta orang awam memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Pengebumian negarawan Sarawak itu turut disaksikan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, anakanda baginda, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Yang di-Pertua Negeri, Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Hadir sama Premier Sarawak, Abang Johari Abang Openg serta tiga timbalannya, Douglas Uggah Embas, Awang Tengah Ali Hasan dan Dr Sim…
Read MoreBabi atau itik, manusia bertanggungjawab
SIAPA sebenarnya yang benar? Babi atau itik? Ada yang secara sinis berkata babi punya kumbahan, itik dapat nama, seperti lembu punya susu sapi dapat nama. Semua ini gara-gara pencemaran merentasi negeri, dari Pulau Pinang ke Kedah. Dilaporkan berlaku pencemaran Sungai Air Merah dan Sungai Kulim di Kedah akibat ladang ternakan di Bukit Mertajam, Seberang Perai Pulau Pinang. Mulanya babi dipersalahkan dan tidak sampai 24 jam, itik pula jadi punca. Terdapat percanggahan kenyataan antara Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab, dan Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan…
Read MoreOrang ramai diingatkan elak ketaksuban melampau
PUTRAJAYA 22 Feb. – Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengeksploitasi agama untuk kepentingan diri mahupun kumpulan tertentu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar Beliau berkata, semua pihak dinasihatkan sentiasa merujuk Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) berkaitan urusan pentauliahan pendakwah supaya setiap perkara disampaikan adalah selari ajaran Islam. Justeru beliau mengingatkan semua pihak sentiasa berpegang kepada neraca ilmu, fakta dan menjauhkan diri daripada bersikap taksub berikutan isu seorang lelaki mendakwa sebagai warga Maghribi dan berada dalam jalur keturunan Nabi Muhammad…
Read MoreIstiadat Penghormatan Negeri di DUN Sarawak
KUCHING 22 Feb. – Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Abdul Taib Mahmud, tiba di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada pukul 7.50 pagi ini bagi Istiadat Penghormatan Negeri. Turut mengiringi jenazah ialah anak Allahyarham, Sulaiman Abdul Rahman Taib, Mahmud Abu Bekir Taib dan Hanifah Hajar Taib. Lapan orang pengusung dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kemudian membawa masuk jenazah Allahyarham dan meletakkannya di tempat khas di Atrium DUN Sarawak. Orang ramai daripada pelbagai kaum berada di bangunan DUN seawal pukul 8 pagi untuk memberi penghormatan terakhir kepada bekas Ketua…
Read MoreBerita pilihan…
Konflik berterusan, UNSC didakwa lumpuh
RIO DE JANEIRO: Brazil pada pembukaan mesyuarat Kumpulan 20 (G20).mengkritik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai ‘lumpuh’ kerana gagal menangani peperangan di Gaza dan Ukraine, Menteri Luar Brazil, Mauro Vieira, mengambil kesempatan sempena mesyuarat kali ini bagi menegaskan ledakan konflik global menggambarkan peranan institusi antarabangsa seperti PBB seolah-olah ‘lumpuh’ Institusi pelbagai hala tidak dilengkapi dengan baik untuk menangani cabaran semasa seperti yang ditunjukkan oleh ‘kelumpuhan’ Majlis Keselamatan PBB (UNSC), tidak boleh diterima sama sekali dalam konflik di Gaza dan Ukraine. “Keadaan ini mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah terutama orang awam,”…
Read MoreKeadaan di Gaza “semakin bahaya”
GENEVA : Program Makanan Sedunia (WFP) memberi amaran bahawa keadaan di Gaza kini “semakin bahaya” dan menggesa akses segera dan selamat untuk memastikan bantuan dapat disalurkan kepada ratusan ribu rakyat Palestin. Dalam satu kenyataan, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata, ketika penduduk di ambang kebuluran, pihaknya terpaksa menghentikan penghantaran bantuan ke utara Gaza sehingga keadaan selamat. “Keputusan untuk menangguhkan penghantaran ke utara Semenanjung Gaza itu satu yang sangat sukar kerana kami tahu ia akan memburukkan lagi keadaan di sana dan lebih ramai berisiko mati kelaparan,” kata WFP. Agensi itu…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 22.02.2024
Babi: Pas minta Pulau Pinang lebih tegas
KUALA LUMPUR 21 Feb. – Pas mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertindak tegas terhadap semua ladang ternakan babi di negeri tersebut, sama ada di Tasik Gelugor, Nibong Tebal dan di Bukit Mertajam. Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, berkata, tindakan tegas itu termasuklah menutup ladang-ladang ternakan babi yang berterusan mencemar sungai-sungai dan menyebabkan bau busuk di kampung-kampung berdekatan. “Semua pihak sewajarnya lebih mementingkan kepentingan masyarakat awam, daripada membela penternak-penternak babi tersebut,” kata Pengerusi Lajnah Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (LASPI) itu. Dalam kenyataannya, beliau turut mempersoal percanggahan kenyataan…
Read More