KUALA LUMPUR 20 Feb. – Nombor plat kenderaan keluaran khas “GOLD 1” menjadi milik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas membida pada nilai sebanyak RM1.5 juta. Hasil bidaan tertinggi dalam sejarah negara itu akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan. Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan Anthony Loke, di Istana Negara hari ini untuk mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini, membuka bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa (NPI) iaitu siri ‘GOLD’ sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50. Bidaan itu…
Read MoreMonth: February 2024
Menjelang Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-265
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berangkat ke ‘pre-council’ Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-265 di Istana Negara. Menurut hantaran di Facebook rasmi, Mesyuarat Majlis Raja-Raja akan berlangsung selama dua hari bermula esok. Mesyuarat itu akan dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Read MoreGabenor BNM akan jawab prestasi ringgit
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata soalan mengenai prestasi ringgit akan dijawab oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour. Beliau memberitahu demikian ketika menjawab pertanyaan media di sini selepas berucap pada Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam di sini hari ini. Mata wang tempatan terus merekodkan prestasi lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat ini. Pada pukul 9 pagi tadi, ringgit berkurangan kepada 4.7870/7930 berbanding dolar AS daripada 4.7850/7890 semasa ditutup pada Isnin. Penurunan berterusan ringgit berpotensi meletakkan mata wang tempatan…
Read MoreDr Mahathir jalani proses pemulihan di IJN
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Dr Mahathir Mohamad, 98 masih dalam pengawasan di Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani proses pemulihan akibat jangkitan yang dialaminya. Jurucakap bekas Perdana Menteri itu turut berkongsi keadaan terkini Dr Mahathir yang dilihat sedang membaca akhbar dan menulis catatan. Namun, tidak dapat dipastikan bila Dr Mahathir akan dibenarkan keluar sehingga pihak IJN berpuas hati dengan tahap pemulihannya. “Saya tidak boleh beritahu bila Dr Mahathir dibenarkan keluar, buat masa ini kecuali IJN puas hati dengan tahap pemulihan beliau,” katanya dalam Kumpulan WhatsApp Media bekas Perdana Menteri…
Read MoreFahmi lancar 8 Kod Etika Wartawan Malaysia
PUTRAJAYA 20 Feb. – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia yang diharap akan terus memacu media Malaysia sebagai sumber dipercayai rakyat dalam memberi maklumat tepat dan sahih mengenai keadaan semasa negara. Beliau berkata, kod etika berkenaan yang menggarap lapan etika adalah versi baharu yang diteliti semula oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) untuk menggantikan kod yang telah diguna pakai sejak 35 tahun lalu. “Pihak media berperanan penting sebagai mata dan telinga yang boleh dipercayai dalam memberikan maklumat tepat dan sahih tentang keadaan semasa negara. Kod etika…
Read MoreMalaysia beri hujah di ICJ konflik Palestin-Israel
PUTRAJAYA 20 Feb. – Menteri Luar Mohamad Hasan mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi Pendengaran Awam bagi mendapatkan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Kesan Perundangan yang timbul daripada Dasar dan Amalan Israel di Wilayah Pendudukan Palestin, termasuk Baitulmaqdis Timur. Beliau yang diiringi Peguam Negara, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, dijadual menyampaikan kenyataan lisan Malaysia pada pukul 12.10 tengah malam, Jumaat ini (waktu Malaysia) di Peace Palace, The Hague. Pendapat Nasihat adalah proses penting bagi memperoleh nasihat perundangan daripada ICJ, iaitu badan kehakiman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selaras Artikel 96 Piagam…
Read More3.61 juta daftar PADU
PUTRAJAYA 20 Feb. – Sehingga pukul 11.59 malam tadi (19 Februari), sebanyak 3.61 juta daripada 30.08 juta orang telah mengemaskini maklumat dengan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) Pendaftaran PADU dibuka sehingga 31 Mac depan untuk bukan penjawat awam, manakala pendaftaran untuk kakitangan kerajaan pula yang berakhir Khamis lalu menyaksikan 1.2 juta atau kira-kira 80 peratus daripada 1.5 juta mendaftar. Sistem PADU telah dilancarkan pada 2 Januari lepas dan rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas boleh membuat pendaftaran dan kemas kini maklumat individu sehingga 31 Mac. Salah satu kepentingan…
Read MoreBerita pilihan…
23,000 gagal dikesan selepas perang Rusia- Ukraine
GENEVA: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dalam satu kenyataan semalam melaporkan 23,000 individu gagal dikesan selepas dua tahun perang antara Rusia dan Ukraine tercetus. ICRC berkata kehilangan mangsa sama ada ditahan, dibunuh atau kerana terputus hubungan selepas melarikan diri dari rumah. Bagaimanapun ICRC tidak menyatakan sama ada mereka hilang dari Ukraine atau wilayah yang dirampas oleh Rusia selepas Moscow menghantar tentera ke negara jiran pada 24 Februari 2022. “Dua tahun selepas peningkatan konflik bersenjata, keperluan kemanusiaan semakin meningkat, termasuk untuk berjuta-juta orang yang kehilangan tempat tinggal, dalam dan luar sempadan…
Read MoreKematian kanak-kanak ibarat bom jangka
GENEVA: Kekurangan makanan dan zat yang membimbangkan selain penyakit berjangkit umpama bom jangka dalam kematian kanak-kanak di Gaza akibat perang Israel-Palestin yang sudah berlarutan 20 minggu. Timbalan Ketua Tindakan Kemanusiaan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Ted Chaiban, berkata bekalan makanan sangat terhad menyebabkan hampir semua kanak-kanak kecil dilanda penyakit berjangkit. “Semenanjung Gaza bersedia untuk menyaksikan bom jangka dalam kematian kanak-kanak yang sepatutnya boleh dicegah namun ia dilihat menambahkan lagi senarai jumlah sedia ada,” katanya. Menurut Chaiban, berdasarkan penilaian UNICEF sekurang-kurangnya 90 peratus kanak-kanak di bawah usia lima tahun di…
Read More