PML-N, PML-N setuju kongsi kuasa

ISLAMABAD: Pemimpin dua parti utama di Pakistan,  Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) dan The Pakistan Peoples Party (PPP) mencapai perjanjian perkongsian kuasa bersama beberapa parti yang lebih kecil.

Mereka turut menamakan Shehbaz Sharif sebagai perdana menteri dan Asif Ali Zardari, suami kepada bekas perdana menteri, Benazir Bhutto yang dibunuh, sebagai presiden.

“PPP dan PML-N sudah mencapai jumlah itu dan kami akan membentuk kerajaan,” kata pengerusi PPP, Bilawal Bhutto Zardari, anak kepada Asif dan Benazir pada sidang media di sini.

Pilihan raya ini gagal menentukan pemenang manakala calon yang setia kepada bekas perdana menteri, Imran Khan, memenangi kerusi terbanyak tetapi terpaksa bertanding sebagai calon bebas berikutan pelbagai tindakan terhadap parti itu.

Bilawal berharap Shehbaz Sharif akan menjadi perdana menteri negara tidak lama lagi dan seluruh Pakistan harus berdoa supaya kerajaan berjaya ditubuhkan.

Bilawal berkata, portfolio menteri pula akan diumumkan dalam masa beberapa hari akan datang sementara Perhimpunan Negara mesti bersidang buat pertama kali pada 29 Februari ini, apabila gabungan itu boleh diluluskan secara rasmi.

Kedua-dua parti itu bergabung pada 2022 untuk menyingkirkan Imran dalam undi tidak percaya, sebelum berkongsi kuasa dalam pakatan diterajui Shehbaz, sehingga Dewan Negara dibubarkan Ogos lalu bagi memberi lalu kepada pilihan raya umum.

Related posts

Leave a Comment