36,978 didaftarkan sebagai pemilih baharu

PUTRAJAYA 22 Feb. – Sebanyak 36,978 warganegara berumur 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu sepanjang tempoh 1 hingga 31 Januari 2024, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak.

Katanya, Daftar Pemilih Tambahan Bulan Januari 2024 (DPT BLN1/2024) yang diperaku semalam serta diwartakan hari ini, dibuka untuk semakan selama 30 hari sehingga 21 Mac ini.

Untuk rekod, sebanyak 38,285 warganegara didaftarkan sebagai pemilih baharu sepanjang bulan Disember 2023 berbanding 39,137 orang pada November dan 43,657 pada bulan sebelumnya.

Ikmalrudin berkata, senarai berkenaan juga mengandungi 6,692 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,137 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi.

SPR menyediakan lima kaedah semakan bagi DPT BLN1/2024 iaitu portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my; portal rasmi pejabat pilihan raya negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; dan aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my.

Related posts

Leave a Comment