Orang ramai diingatkan elak ketaksuban melampau

PUTRAJAYA 22 Feb. – Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengeksploitasi agama untuk kepentingan diri mahupun kumpulan tertentu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar

Beliau berkata, semua pihak dinasihatkan sentiasa merujuk Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) berkaitan urusan pentauliahan pendakwah supaya setiap perkara disampaikan adalah selari ajaran Islam.

Justeru beliau mengingatkan semua pihak sentiasa berpegang kepada neraca ilmu, fakta dan menjauhkan diri daripada bersikap taksub berikutan isu seorang lelaki mendakwa sebagai warga Maghribi dan berada dalam jalur keturunan Nabi Muhammad SAW.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengikuti perkembangan laporan akhbar tempatan, Harian Metro, pada 20 Februari 2024 bertajuk ‘Eksploitasi Nasab Suci Nabi’ serta laporan yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan.

Belau berkata ketaksuban melampau dalam sesuatu perkara adalah berbahaya kepada diri dan masyarakat.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengikuti perkembangan laporan akhbar tempatan, Harian Metro, pada 20 Februari 2024 bertajuk ‘Eksploitasi Nasab Suci Nabi’ serta laporan yang berkaitan,” katanya.

Dr Mohd Na’im berkata, melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pihaknya akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama Islam, khususnya JAIN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). untuk menyiasat pendedahan yang dinyatakan dalam akhbar berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan PDRM memantau kegiatan seorang lelaki mendakwa sebagai warganegara Maghribi yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai ‘Mawla Amin’, dan mengaku mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.

Seorang mudir sebuah madrasah di Selangor yang dikatakan turut aktif mempromosikan ‘Mawla Amin’, didakwa mengutip dana awam secara tidak sah, selain cuba mewujudkan penempatan Kerajaan 9 di Melaka sebagai persiapan akhir zaman kepada pengikutnya.

Related posts

Leave a Comment