KUALA LUMPUR 23 Feb. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan program jualan murah termasuk Jualan Rahmah, Jualan Agro Madani dan lain-lain diperbanyakkan supaya rakyat dapat membeli barangan keperluan harian termasuk beras, pada harga lebih rendah berbanding pasaran. Beliau berkata, jadual pelaksanaan jualan-jualan murah terbabit akan dihebahkan secara kerap. “Saya tegaskan bahawa kerajaan perlu terus memberi tumpuan penuh terhadap isu kos sara hidup yang masih membelenggu rakyat meskipun kadar inflasi semakin mereda kepada 1.5 peratus setakat Januari 2024,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan…
Read MoreMonth: February 2024
Bekas ADUN DAP bangkit semula isu Kampung Baru Cina
SEPANG 23 Feb. – Isu cadangan mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ‘timbul semula’. Selepas lebih seminggu pencetus idea itu Nga Kor Ming pada 13 Februari, enggan memanjangkan isu tersebut, bekas Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Liu meminta ‘sejarah unik’ perkampungan itu diperingati sebagai tapak bersejarah negara. Bekas Exco Selangor yang sebelum ini sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, melalui Facebooknya, turut menceritakan pengalaman keluarganya terpaksa berpindah ke kampung baru yang disifatkan unik.…
Read MoreKEB: Libatkan kaum lain satu kecelaruan
SEPANG 23 Feb. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sependapat dengan kenyataan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) supaya kaum-kaum lain tidak dilibatkan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024. Pengerusi Biro Ekonomi Perkasa Malaysia, Izhar Kahar berkata, melibatkan kaum lain merupakan satu kecelaruan fokus dalam memperkasa usahawan Bumiputera, seolah mempunyai agenda lain yang berteraskan politik. Katanya, KEB perlu kepada ekosistem tersendiri dan unik dalam usaha memartabat usahawan Bumiputera dengan mengambil kira elemen penerapan nilai-nilai Islam dan pembudayaan perniagaan yang berteraskan konsep halalan toyibban. Dalam satu kenyataan, beliau berkata prestasi usahawan Bumiputera…
Read MoreRekod perolehan hasil tertinggi JPJ
PUTRAJAYA 23 Feb. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mencipta rekod perolehan hasil RM5.07 bilion sepanjang tahun lalu, berbanding RM4.9 bilion pada 2022, iaitu peningkatan sebanyak 3.53 peratus. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, ini kali pertama dalam sejarah, hasil diperoleh JPJ mencecah RM5 bilion. “Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga JPJ dalam menjayakan peningkatan hasil ini,” kata lokeketika berucap pada Majlis Sua Kasih kementeriannya, di sini hari ini. Katanya, kutipan hasil kategori bayaran tender nombor pendaftaran kenderaan turut meningkat daripada RM 501.5 juta pada 2022 kepada RM569.6 juta…
Read MoreBerita pilihan..
Malaysia di ICJ gesa Israel undur, bayar pampasan
PUTRAJAYA 23 Feb. – :pMalaysia bertegas bahawa Israel mesti menghentikan pelanggaran yang berterusan, mesti menghentikan semua dasar dan amalan, seterusnya berundur serta-merta dari wilayah Palestin yang diduduki. Pada masa yang sama, Israel mesti menjamin pelanggaran itu tidak berulang dan ber pkewajipan untuk menawarkan pampasan penuh, membatal atau memansuhkan semua langkah perundangan dan peraturan yang menekan di wilayah diduduki. Menteri Luar Mohamad Hasan juga menegaskan bahawa rakyat Palestin mempunyai hak untuk menentukan nasib sendiri seperti dinyatakan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam Pendapat Nasihatnya. Katanya, pemindahan orang awam Israel ke wilayah yang…
Read MoreBerkhatan di fasiliti berdaftar dengan KKM
PUTRAJAYA 23 Feb. – Ibu bapa yang bercadang mengkhatankan anak mereka pada musim cuti sekolah ini dinasihatkan melakukan prosedur tersebut di fasiliti yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM). Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata mereka juga perlu memastikan proses berkhatan dikendalikan pengendali dan pengamal perubatan berdaftar dengan KKM serta terlatih dalam menjalankan prosedur itu. Dalam kenyataannya, beliau berkata, KKM memandang serius peningkatan kes komplikasi selepas berkhatan yang dirujuk kepada hospital KKM dalam tempoh cuti persekolahan sepanjang 14 Disember hingga 1 Januari lepas. Menurutnya ia melibatkan komplikasi minor seperti pendarahan dan…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 23.02.2024
150,000 kunjungi 11 lokasi pelancongan
MELAKA 22 Feb. – Lebih 150,000 pengunjung mengunjungi 11 lokasi pelancongan di Melaka sempena cuti umum Hari Memperingati Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, pada Selasa lalu. Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh, berkata angka itu diperoleh di semua 11 lokasi pelancongan yang menawarkan kemasukan dan perkhidmatan percuma pada hari berkenaan. Lokasi itu adalah Zoo Melaka, Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Melaka Wonderland & Themepark, Malaysia Heritage Studio, muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Balai Cerap Al-khawarizmi, lima kelab golf, Muzium Penjara, Taman Laut Melaka dan Taman Tema Air dan…
Read MoreMesyuarat raja-raja bincang pentadbiran agama Islam
KUALA LUMPUR 22 Feb. – Hal berkait pentadbiran agama Islam dan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) antara yang dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 yang berakhir di Istana Negara, hari ini. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad, berkata mesyuarat dua hari dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah itu juga membincangkan pelantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Dalam satu kenyhari ini, beliau berkata, selain itu perbincangan juga mengenai cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Polis (Pindaan) 2023 dan RUU Perlembagaan…
Read More