TANJONG 24 Jan. – Sebanyak 120,000 pengguna air di kawasan Barat Daya dan sebahagian di Timur Laut terjejas berikutan kerosakan paip di dasar Sungai Perai, semalam, kali ketiga selepas Disember tahun lepas dan 12 Januari lalu. Susulan itu, Kerajaan Pulau Pinang mengarahkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk melaksanakan dua pelan tindakan kecemasan secara serentak bagi memulihkan semula bekalan air yang terjejas secepat mungkin. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata mesyuarat Exco hari ini membuat ketetapan supaya kerosakan paip di dasar Sungai Perai, Butterworth dibaiki segera, dan dalam masa…
Read MoreDay: January 24, 2024
Dasar baharu jangan abaikan perkhidmatan awam
KUALA LUMPUR 24 Jan. – Perikatan Nasional (PN) memandang serius keputusan Jemaah Menteri mengenai pengambilan pegawai kerajaan secara lantikan kontrak berkuat kuasa 1 Februari ini, kata Pengerusinya, Muhyiddin Yassin. Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebarang dasar baharu pelantikan penjawat awam perlu dilakukan berhati-hati supaya tidak menjejaskan sektor perkhidmatan awam yang menjadi tunjang pentadbiran kerajaan. Katanya, isu bayaran pencen penjawat awam yang meningkatkan tanggungan fiskal negara sudah berlarutan sejak sekian lama dan memerlukan penyelesaian yang tuntas. “Namun begitu, sebarang bentuk penyelesaian yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan tidak boleh menjurus kepada pengabaian…
Read MoreLantikan kontrak bersifat sementara
PUTRAJAYA 24 Jan. – Pengambilan secara lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam adalah bersifat sementara ke arah pelaksanaan kaedah baharu lantikan tetap pegawai awam yang akan melibatkan pindaan akta berkaitan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan pegawai menerusi lantikan kontrak (interim) akan dilantik secara tetap menerusi kaedah baharu di bawah sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan. “Lantikan ke jawatan tetap ini juga tertakluk kepada prestasi dan perakuan Ketua Jabatan selanjutnya. “Pelantikan ini adalah berdasarkan peraturan dan dasar semasa yang berkuat kuasa iaitu Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Urusan Perkhidmatan…
Read MorePenjawat awam baharu tiada pencen
BANGI 24 Jan. – Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen, sebaliknya akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas. “Apa yang sudah dibincangkan dalam Kabinet tadi bahawa terdapat kekeliruan daripada kenyataan mengenai jawatan atas pengambilan baharu adalah perjawatan kontrak. Ia tidak bermaksud begitu. “(Tapi) kontrak untuk satu tempoh singkat sebelum Kabinet meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tapi tidak berpencen. Iaitu mereka…
Read MoreSD Murad: Tiada kes terhadap Anwar
PUTRAJAYA 24 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya yang sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) ada menjalankan siasatan terhadap akuan bersumpah (SD) bekas Penolong Gabenor Bank Negara (BNM), Abdul Murad Khalid terhadap Anwar Ibrahim. Suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini berkata BPR membuka enam kertas siasatan untuk menyiasat Anwar susulan akuan bersumpah Abdul Murad yang dikeluarkan pada 26 Oktober 1999. “Siasatan dijalankan secara mendalam, menyeluruh dan terperinci dengan bantuan BNM termasuk di dalam dan luar negara seperti United Kingdom dan Singapura. Hasil siasatan menunjukkan tiada…
Read MoreLagi ahli Parlimen Bersatu sokong Anwar
TANJONG KARANG 24 Jan. – Seorang lagi wakil rakyat Bersatu, Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, keputusannya itu bagi memastikan nasib dan pembangunan penduduk di Parlimen yang diwakilinya terus terbela dan mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan infrastruktur dan keperluan setempat. “Pengisytiharan sokongan kepada kepemimpinan perdana menteri ke-10 adalah tanpa paksaan dan tekanan daripada mana-mana pihak dan saya lakukan dengan sepenuh hati untuk kepentingan penduduk Tanjoong Karang,” katanya. Beliau juga menyatakan sokongan kepada dasar dan inisiatif kerajaan Madani yang mengutamakan kebajikan,…
Read More13 bank halang transaksi bernilai RM351 juta
KUALA LUMPUR 24 Jan. – Tiga belas bank berjaya menghalang transaksi penipuan bernilai RM351 juta dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun lalu, kata Pengerusi Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) ABM, Khairussaleh Ramli. Beliau berkata, pencapaian itu mencerminkan komitmen tinggi industri perbankan di negara ini terhadap langkah pencegahan penipuan seterusnya melindungi pelanggan daripada pelbagai jenis penipuan. Untuk rekod bank-bank berkenaan adalah ahli ABM dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM). Khairussaleh, berkata, tindakan pengesanan dan pencegahan oleh bank berjaya menyelamatkan pelanggan daripada ditipu melalui skim seperti e-dagang, permohonan pekerjaan, pelaburan,…
Read MoreSuspek ditangkap semula selepas bukti baharu
JOHOR BAHRU 24 Jan. – Tiada sebarang layanan istimewa diberikan terhadap suspek utama kes pembunuhan Bella atau nama sebenarnya, Mila Sharmila Samsusah, 32 sebaliknya siasatan dilakukan secara berperingkat. Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata pertama, siasat menerusi Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu melarikan orang tetapi apabila keterangan serta bukti tidak mencukupi, polis beri jamin dahulu, bukan lepaskan. “Oleh kerana kita tidak berpuas hati dengan siasatan yang dibuat, siasatan diteruskan. Atas usaha Polis Johor khususnya Polis Batu Pahat, kita akhirnya berjaya menemui bukti-bukti yang baharu. Bukti dan keterangan baharu itu yang…
Read MoreMotif bunuh Bella cemburu, sakit hati
JOHOR BAHRU 24 Jan. – Motif pembunuhan Bella atau nama sebenarnya Mila Sharmila Samsusah, 32 adalah kerana cemburu dan sakit hati, kata Ketua Polis Negara, Razarudin Husain. Beliau juga mendedahkan kematian Bella disebabkan keretakan di kepala mangsa akibat objek tumpul. “Motif pembunuhan Bella adalah kerana kes cemburu dan sakit hati. Daripada motif itulah kita memulakan dan mendapat bayangan siasatan kita, jadi inilah motif yang kita tahu menerusi siasatan dibuat,” katanya selepas majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor, Timbalan Ketua Polis Johor dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis…
Read MoreDaim sedia didakwa walaupun di hospital
KUALA LUMPUR 24 Jan. – Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin, sedia berdepan pendakwaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun dibuat di hospital. Isterinya, Naimah Khalid, menegaskan sebelum ini suaminya bersama pasukan peguam hanya diberitahu untuk diambil keterangan oleh SPRM, bukan didakwa di mahkamah. “Kami hanya diberitahu hanya keterangan akan diambil daripada beliau (Daim). Hanya hari ini, saya mengetahui Daim akan didakwa berdasarkan laporan media. Daim bersedia berdepan pendakwaan politik ini di hospital,” katanya dalam kenyataan. Naimah menegaskan, suaminya bersedia berdepan apa jua pendakwaan untuk mempertahankan dirinya mengikut undang-undang. Terdahulu,…
Read More