NEW YORK – Qatar menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengambil tindakan segera untuk menghentikan serangan Iran ke atas negara-negara di seluruh Asia Barat.
Sheikha Alya Ahmed bin Saif Al Thani, duta Qatar ke PBB pada mengecam serangan peluru berpandu dan dron Iran terhadap sasaran di seluruh rantau itu sebagai “pelanggaran jelas undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB.”
Beliau yang bercakap kepada para pemberita di ibu pejabat PBB di New York memberi amaran bahawa kegagalan bertindak akan menghantar “isyarat berbahaya.”
“Serangan berterusan terhadap wilayah kami oleh Republik Islam Iran tidak mencerminkan keikhlasan, dan ia memberi kesan mendalam terhadap asas persefahaman yang menjadi dasar hubungan dua hala antara negara kami,” katanya.
Beliau berkata Majlis Keselamatan mesti bertindak dan melaksanakan tanggungjawabnya.
“Kegagalan untuk memberi respons akan menghantar isyarat berbahaya bahawa serangan terhadap negara jiran yang tidak terlibat tidak membawa sebarang akibat,” katanya.sebelum Majlis Keselamatan mengundi menerima pakai satu draf resolusi yang mengecam gelombang serangan Iran terhadap negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
