Langkah Dubai: Chegubard, Papagomo mungkin dipanggil

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mungkin memanggil beberapa individu dalam masa terdekat untuk membantu siasatan berkaitan ‘Langkah Dubai’, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain. Mereka adalah Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard dan aktivis yang juga bekas Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo dan blogger Salim Iskandar. Razarudin berkata setakat semalam, polis menerima 43 laporan polis di seluruh negara berhubung klip video mengenai “aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen”. Katanya, satu kertas siasatan dibuka berdasarkan laporan tersebut, dan…

Read More

Zayn Rayyan: Siasatan lepasi 90%, mungkin ada tangkapan

KUALA LUMPUR 9 Jan. –  Selepas lebih sebulan pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, siasatan polis kini melepasi 90 peratus keseluruhan siasatan termasuk elemen forensik, patologi, keterangan saksi dan siasatan di tempat kejadian. Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata tumpuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini terarah kepada semua maklumat yang dikumpul sepanjang siasatan. Katanya, tumpuan polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) adalah meneliti dan mengkaji semula maklumat risikan yang ada selain mengumpul maklumat-maklumat baharu. “Melalui maklumat risikan sedia ada dan hasil siasatan yang sudah dikumpul kita akan mengkaji sebelum…

Read More

Istana Negara tidak terbabit percaturan politik

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah bahawa Istana Negara tidak akan terbabit dalam sebarang percaturan politik. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menjelaskan titah itu disampaikan kepadanya ketika beliau diterima menghadap Seri Paduka di Istana Negara, hari ini. “Hari ini seperti kelazimannya, saya menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas Kabinet esok dan turut mengulas beberapa perkembangan semasa. “Baginda bertitah supaya saya selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Madani untuk meneruskan kerja mengurus negara. Baginda juga bertitah bahawa pihak istana tidak akan…

Read More

Rumah pelacuran tidak boleh diterima sama sekali

SEPANG 9 Jan. – Cadangan membuka rumah pelacuran khusus untuk pekerja asing, tidak boleh diterima sama sekali kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan peruntukan undang-undang sivil dan syariah, bahkan bertentangan dengan prinsip-prinsip ajaran Islam dan Maqasid al-Syariah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Na’im Mokhtar menegaskan, dalam mencari penyelesaian (kes rogol melibatkan pekerja asing) kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan lain. Justeru, cadangan pelakon popular Rosyam Nor itu wajar ditolak oleh segenap lapisan masyarakat dan orang ramai dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan polemik mahupun…

Read More

Langkah Dubai tidak akan berjaya

KOTA TINGGI 9 Jan. – Langkah Dubai tidak akan berjaya berikutan Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika ini mendapat sokongan 150 Ahli Parlimen, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, ada laporan mendakwa Langkah Dubai sudah mempunyai akaun bersumpah (SD) mencukupi namun hakikatnya Akta Lompat Parti yang sudah berkuat kuasa tidak memungkinkan ia berlaku. “Walaupun ada ketua pemuda sebuah parti politik menyatakan bahawa dokumen sokongan lima Ahli Parlimen kepada PMX sebelum ini boleh dijadikan asas untuk menyokong seseorang menjadi Perdana Menteri yang baharu, saya berpandangan…

Read More

Mufti Pulau Pinang terkejut cadangan Rosyam

TANJONG 9 Jan. –  Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor membidas cadangan pelakon, Datuk Rosyam Nor, bagi mewujudkan pusat pelacuran untuk warga asing melepaskan nafsu bagi membantu mengurangkan kes rogol. Katanya, cadangan itu amat bercanggah kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang menobatkan Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaannya di samping mengundang lebih banyak masalah kepada negara. “Saya amat terkejut dengan saranan seorang pelakon beragama Islam supaya disediakan rumah pelacuran bagi pekerja asing di negara ini. Saranan sedemikian jelas satu galakan kepada perbuatan maksiat dan kita yakin semua masyarakat…

Read More

Tiada air, PM mahu laporan peruntukan RM3 juta

PUTRAJAYA 9 Jan. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu laporan penelitian dikemukakan berkaitan peruntukan segera RM3 juta diberikan kerajaan tahun lalu bagi mengatasi masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau tersinggung dengan laporan mengenai sekumpulan pelajar di universiti berkenaan yang mengadu tidak mandi disebabkan ketiadaan bekalan air. “Tahun lalu saya sampai ke sana. Saya dengar resahan dan saya minta pengesahan dari Naib Canselor. Saya luluskan (peruntukan), saya tidak mengerti sama ada mungkin projek itu ambil masa. “Saya nak minta laporan teliti, apa jadi sejak Menteri Kewangan luluskan peruntukan segera…

Read More

Langkah Dubai terima 8 laporan polis

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Polis Kontinjen Kuala Lumpur menerima lapan laporan daripada wakil parti politik, berhubung dakwaan gerakan ‘Langkah Dubai’ bagi menjatuhkan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim. Ketua Polis Kuala Lumpur,  Allaudeen Abdul Majid, mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan, antaranya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Cheras dan Dang Wangi. “Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, untuk tindakan lanjut,” katanya seperti dilaporkan BH. Sementara itu, Mahathir Mohd Yunus,  Pegawai Tugas-Tugas Khas Kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin, membuat laporan berhubung perkara…

Read More

Kejayaan prinsip kedaulatan undang-undang

PUTRAJAYA 9 Jan. – Keputusan Mahkamah Jenayah Madrid yang mendapati penimbang tara Sepanyol, Dr Gonzalo Stampa, bersalah menghina mahkamah serta dihukum penjara enam bulan, merupakan kejayaan penting prinsip kedaulatan undang-undang negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata Malaysia menyambut baik keputusan itu yang juga akan membantu memelihara kesucian prosiding timbang tara antarabangsa sebagai alternatif kepada penyelesaian pertikaian. Katanya, Malaysia juga yakin keputusan bersejarah itu akan menjadi faktor pencegahan kepada tindakan tidak beretika kumpulan Sulu dan Malaysia akan terus memastikan kedaulatan, keselamatan dan…

Read More