Istana Negara tidak terbabit percaturan politik

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah bahawa Istana Negara tidak akan terbabit dalam sebarang percaturan politik.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menjelaskan titah itu disampaikan kepadanya ketika beliau diterima menghadap Seri Paduka di Istana Negara, hari ini.

“Hari ini seperti kelazimannya, saya menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas Kabinet esok dan turut mengulas beberapa perkembangan semasa.

“Baginda bertitah supaya saya selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Madani untuk meneruskan kerja mengurus negara.

Baginda juga bertitah bahawa pihak istana tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Dalam hantaran sama, Anwar berkata, seandainya ada cadangan mana-mana pihak untuk menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta, ia hendaklah disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara.

Bagaimanapun Anwar tidak memperincikan  apa yang dimaksudkan ‘wang RM500 juta atau RM750 juta’ itu.

Nnn

Related posts

Leave a Comment