Menteri faham kekecewaan RUU tanpa GEG

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Menteri Kesihatan,  Dr Dzulkefly Ahmad memahami mengapa ada pihak kecewa dengan pengguguran peruntukan berkaitan Generasi Penamat Rokok (GEG) daripada Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023. Ahli Parlimen Kuala Selangor yang membuat penampilan semula bagi menerajui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam rombakan Kabinet semalam berkata, sebagai penyokong kesihatan awam yang kuat, beliau juga berperasaan demikian. Ketika menggulung perbahasan RUU berkaitan, beliau mengakui GEG adalah satu cara untuk mengurangkan ketagihan merokok daripada 21 peratus kepada di bawah 5 peratus menjelang 2040. “Apabila GEG…

Read More

Pakai pelitup muka jika bergejala

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan peningkatan kes jangkitan Covid-19 selepas sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu serta cuti sekolah mulai Sabtu ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Radzi Abu Hassan. Justeru KKM menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka ketika kunjung mengunjung jika mereka menunjukkan gejala Covid-19 bagi melindungi keluarga, jiran dan rakan mereka daripada dijangkiti. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat daripada 6,796 kepada 12,757 pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME 49/2023) adalah seiring trend global pada setiap hujung tahun.…

Read More

Ibu kongsi kenangan terakhir bersama Zayn Rayyan

PETALING JAYA 13 Dis. – Ismanira Abdul Manaf, ibu kanak-kanak autisme yang menjadi mangsa bunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin, hari ini berkongsi kenangan terakhir bersama anak sulungnya pada 4 Disember lalu, sehari sebelum anaknya dilaporkan hilang. Melalui hantaran di Instagram dan Facebook, Ismanira, 28, memuat naik tujuh potret mereka sekeluarga termasuk suami, Zaim Ikhwan Zahari, 28, serta Zayn Rayyan dan adiknya ketika berkunjung ke sebuah pusat beli belah di sini. Menerusi hantaran itu, Ismanira mengimbas kenangan di saat mereka sekeluarga gembira menghabiskan masa bersama. “Waktu ni Isnin minggu lepas, 4…

Read More

Kren tumbang: 40,000,penumpang KTM Komuter, ETS terjejas

RAWANG 13 Dis. – KTMB menjangkakan 20,000 penumpang komuter dan 10,000 penumpang ETS terjejas membabitkan 46 perkhidmatan komuter dan 32 ETS hari ini susulan kren tumbang di Kilometer (KM) 355.749 antara Rawang dan Kuang, Selangor petang semalam. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB,  Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, angka ini akan terus berlarutan sehingga operasi perkhidmatan komuter dan ETS kembali pulih selepas kerja baik pulih dijangka siap dalam tempoh 24 jam. Katanya, kerja membaik pulih kren binaan projek parkir bertingkat yang tumbang di tepi landasan KTMB di Kilometer (KM) 355.749 membabitkan…

Read More

Wujudkan kolaborasi efektif – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA 13 Dis. – Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap semua wakil Barisan Nasional (BN) dapat mewujudkan kolaborasi yang efektif dalam kalangan anggota Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan. Pengerusi BN itu berkata, kolaborasi efektif, kesefahaman yang jitu dan kerjasama baik antara wakil BN dan ahli Kabinet lain penting dalam usaha memperjelaskan dasar serta polisi demi mencapai matlamat pembangunan negara. “Awal pagi tadi sebelum bermulanya mesyuarat Kabinet, saya dapat meluangkan masa bersama-sama dengan rakan-rakan BN yang ditaklifkan amanah sebagai Menteri dan Timbalan Menteri,” katanya melalui Facebook. Dr Ahmad Zahid yang…

Read More

Impian Malaysia: Kit Siang jawab 27 soalan

PETALING JAYA 13 Dis. – Prosiding merekodkan keterangan Lim Kit Siang berhubung kenyataan Impian Malaysia berjalan lancar dengan veteran DAP itu menjawab keseluruhan 27 soalan yang dikemukakan pasukan siasatan. Kit Siang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan diminta hadir memberi keterangan kepada polis hari ini susulan satu laporan polis berkait kenyataan kontroversinya. Peguam, Khairil Khalid, berkata difahamkan laporan polis terhadap anak guamnya itu dibuat oleh seorang orang awam, namun tidak mendedahkan lokasi dan tarikh laporan berkenaan dibuat. “Semua berjalan dengan lancar, prosedur biasa…

Read More

Agenda transformasi kesihatan digital

PUTRAJAYA 13 Dis. – Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang kembali menerajui semula Kementerian Kesihatan hari ini bertekad untuk melaksanakan agenda transformasi kesihatan digital secara menyeluruh. Beliau berkata, usaha transformasi berkenaan akan dijayakan bersama-sama Timbalannya,  Lukanisman Awang Sauni dan pasukan KKM yang diketuai Ketua Setiausaha, Datuk Seri Dr Zaini Ujang. Dr Dzulkefly antara lima bekas menteri yang dilantik semula dalam rombakan Kabinet semalam pernah menjadi Menteri Kesihatan dari Mei 2018 hingga Februari 2020 di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Beliau tiba kira-kira pukul 8.15 pagi di KKM,…

Read More

Mesyuarat pertama selepas rombakan Kabinet

PUTRAJAYA 13 Dis. – Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama di Bangunan Perdana Putra, di sini, selepas rombakan Kabinet diumumkannya semalam. Mesyuarat yang bermula pukul 9.30 pagi itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi dan semua barisan menteri baharu, manakala seorang lagi Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof sedang menunaikan umrah. Difahamkan dalam mesyuarat itu, Perdana Menteri menyampaikan amanat serta taklimat berhubung perjalanan, peraturan dan hala tuju Kerajaan Perpaduan pimpinannya. Semua menteri turut beramah mesra dalam kalangan mereka, terutama bersama menteri yang baharu dilantik.…

Read More

Gaza: Malaysia sokong resolusi UNGA

PUTRAJAYA 13 Dis. – Malaysia menyokong dan menaja bersama draf resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNGA) semalam yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza. Resolusi bertajuk ‘Protection of civilians and upholding legal and humanitarian obligations’”, itu diterima pakai semasa Sesi Khas Tergempar (ESS) Ke-10 UNGA yang disambung semula dengan 153 undi menyokong, 10 menentang dan 23 berkecuali. Wisma Putra dalam kenyataan berkata, sokongan padu terhadap resolusi itu oleh sekumpulan negara mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi masyarakat antarabangsa untuk mencari penyelesaian adil, berkekalan dan damai terhadap konflik Palestin-Israel.…

Read More