PUTRAJAYA 11 Dis. – Rombakan Kabinet esok dijangka menampilkan lima muka baharu dan enam perubahan portfolio yang antara lain membabitkan satu daripada portfolio timbalan perdana menteri, jawatan Menteri Kewangan II, pengwujudan semula Kementerian Wilayah dan pemisahan sekurang-kurangnya dua kementerian. Menurut laporan BH, beberapa menteri yang terlibat termasuk Menteri Luar Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Pertahanan Mohamad Hassan, Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. Berikutan antara yang diketahui setakat ini,seperti dilapor BH MUKA BAHARU Sumber menyebut jawatan Menteri Kewangan II berkemungkinan besar disandang Ketua…
Read MoreDay: December 11, 2023
Polis rakam keterangan Kit Siang Rabu
KUALA LUMPUR 11 Dis. – Polis akan merakam keterangan veteran DAP, Lim Kit Siang, Rabu ini berhubung kenyataannya baru-baru ini yang didakwa menyentuh kemungkinan orang bukan Melayu sebagai perdana menteri. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Rusdi Mohd Isa, dalam kenyataan hari ini mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap Kit Siang. Katanya, siasatan dijalankan berhubung kandungan penulisan beliau yang dimuat naik dalam blog limkitsiang.com pada 30 November 2023 yang menyentuh isu Perlembagaan berhubung pelantikan Perdana Menteri Malaysia. Kenyataan berkaitan Impian Malaysia itu dibuat ketika berucap di hadapan pelajar…
Read MoreSaya tetap setia bersama PN – Rosol Wahid
SEPANG 11 Dis. – Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid, menafikan dakwaan akan mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, seperti yang tular di aplikasi WhatsApp, hari ini. Katanya, berita palsu itu disebarkan dengan menggunakan nama Harian Metro, menggambarkan seolah-olah beliau akan mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri. Justeru beliau menyifatkan, penyebaran berita palsu itu adalah berniat jahat dan tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu untuk menggugat kesepaduan parti serta menjatuhkan imej ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu. Rosol menegaskan, tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikan kepada mana-mana pihak, terutama pihak…
Read MoreCovid-19 naik 87 peratus, keadaan terkawal
PUTRAJAYA 11 Dis: Kes jangkitan Covid-19 di negara ini terus menunjukkan peningkatan apabila naik 87 peratus, dari 3,626 seperti direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-48 (ME47/2023) kepada 6,796 kes pada ME48, 19 November hingga 25 November lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata walaupun berlaku peningkatan, keadaan masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada. Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, selain Malaysia, peningkatan kes juga dilaporkan secara global termasuk di negara jiran lain sambil memberi jaminan Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa dalam mod bersiap siaga serta…
Read MoreTH tegas pastikan PJH penuhi piawaian
KUALA LUMPUR 11 Dis. – Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa tegas dalam memastikan semua Pengelola Jemaah Haji (PJH) memenuhi piawaian dan kriteria yang ditetapkan ketika mengendalikan jemaah haji. Menurut Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra), sebagai bukti, satu daripada PJH yang diberi lesen pada musim lalu, ditarik balik kebenaran kerana melanggar terma dan syarat Lesen PJH 1444 Hijrah. Presiden Bumitra, Harun AC Ahmmu, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyokong usaha TH dalam mengutamakan kualiti perkhidmatan haji tanpa membatasi jumlah syarikat yang layak di lantik sebagai PJH. “Ini bermakna, mana-mana agensi…
Read MoreDakwaan kongres rampas kekayaan keterlaluan
KUALA LUMPUR 11 Dis. – Tohmahan bahawa Kerajaan menggunakan pelbagai Kongres Ekonomi sebelum ini untuk mewajarkan perampasan kekayaan negara bagi kepentingan kelompok elit Melayu adalah keterlaluan. Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan sebaliknya berkata, semangat dan aspirasi pelbagai siri Kongres sebelum ini ialah untuk mengupayakan penglibatan Melayu dalam pelbagai sektor ekonomi dan perindustrian. “Sama sekali bukan untuk mengagihkan kekayaan negara kepada kaum pemodal tertentu dari kalangan bangsa Melayu,” kata Menteri Pertahanan itu dalam satu kenyataan media melalui Facebooknya. Menurut Mohamad, semangat dan aspirasi pelbagai siri kongres sebelum ini sebenarnya untuk mengupayakan…
Read MoreHilman kekal ADUN Gombak Setia, sedia ambil tindakan
KUALA LUMPUR 11 Dis. – Selepas Mahkamah Tinggi mengekalkan kemenangannya di Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang dikenal pasti mencemar nama baik dan reputasinya berhubung petisyen pilihan raya. Katanya, langkah itu dibuat susulan Mahkamah Tinggi Ipoh yang menolak petisyen membatalkan kemenangan wakil Perikatan Nasional (PN) itu hari ini. “Saya sudah berbincang dengan pasukan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang susulan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mencemar nama baik dan reputasi saya serta cuba meremehkan demokrasi. “Individu-individu ini telah dikenalpasti untuk tindakan…
Read More2,554 kes baharu 9 Disember
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 2,554 kes Covid-19 baharu di seluruh negara Sabtu lalu (9 Disember) , menjadikan jumlah kes aktif jangkitan itu adalah sebanyak 20,017 kes. Berdasarkan data di laman sesawang KKMNOW, github.com, dua daripada angka baharu yang direkodkan itu membabitkan kes import di mana jumlah keseluruhan kes baharu meningkat 455 kes berbanding 2,099 kes yang dilaporkan Jumaat lalu. Menurut data itu lagi, jumlah keseluruhan kes tempatan kini adalah 5,121,120 manakala kes import pula sebanyak 38,996. Pada masa yang sama, sebanyak 1,164 kes direkodkan pulih menjadikan 5,102,881 sembuh dan…
Read MoreTujuh atau 8 lagi sedia sokong PM
PUCHONG 11 Dis. – Tujuh atau lapan orang lagi Ahli Parlimen yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dari beberapa negeri didakwa akan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam tempoh terdekat. Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, yang membuat dakwaan itu, bagaimanapun enggan mendedahkan identiti Ahli Parlimen terbabit dan sama ada mereka daripada Pas atau Bersatu. “Dulu, saya kata ada lima atau enam orang, (namun) sekarang ada tujuh atau lapan orang (bakal menyatakan sokongan kepada Anwar). Nama (mereka), saya tidak boleh maklumkan di sini. “Tunggu…
Read MoreAnjur kongres untungkan semua rakyat – Ti Lian Ker
KUALA LUMPUR 11 Dis. – Senator Ti Lian Ker tampil menjelaskan kenyataannya berkaitan Kongres Ekonomi Bumiputera di Dewan Negara baru-baru ini yang didakwa diputar belit sehingga beliau dianggap membantah “Kongres Melayu”. Bekas Naib Presiden MCA itu berkata, kenyataannya bersasar kepada kegagalan Kongres Ekonomi Bumiputera untuk meningkatkan kedudukan ekonomi Bumiputera setelah berpuluh tahun diadakan disebabkan budaya rasuah dan salahguna kuasa. “Saya juga menyarankan Kerajaan Madani menerajui kongres ekonomi merangkumi semua di Malaysia supaya ekonomi negara dapat dipertingkatan untuk menyelesaikan masalah ekonomi secara menyeluruh dengan melibatkan semua,” katanya dalam satu kenyataan ‘Hentikan…
Read More