PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 2,554 kes Covid-19 baharu di seluruh negara Sabtu lalu (9 Disember) , menjadikan jumlah kes aktif jangkitan itu adalah sebanyak 20,017 kes.
Berdasarkan data di laman sesawang KKMNOW, github.com, dua daripada angka baharu yang direkodkan itu membabitkan kes import di mana jumlah keseluruhan kes baharu meningkat 455 kes berbanding 2,099 kes yang dilaporkan Jumaat lalu.
Menurut data itu lagi, jumlah keseluruhan kes tempatan kini adalah 5,121,120 manakala kes import pula sebanyak 38,996.
Pada masa yang sama, sebanyak 1,164 kes direkodkan pulih menjadikan 5,102,881 sembuh dan satu kematian turut dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan 37,218 orang meninggal dunia.
Setakat kelmarin, Selangor merekodkan angka harian tertinggi dengan 902 kes diikuti Kuala Lumpur (532), Melaka (333), Perak (132), Negeri Sembilan (127) dan Pulau Pinang (108).
Putrajaya pula merekodkan 73 kes baharu disusuli Sabah (73), Kedah (72), Pahang (62), Sarawak (57), Kelantan (40), Johor (19) dan Perlis (9).
KKM sebelum ini menjangkakan, peningkatan kes Covid-19 berikutan sambutan perayaan Krismas tidak lama lagi.
