PKPB di Seremban 14 hari

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Kerajaan memutuskan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Seremban, Negeri Sembilan bermula 5 hingga 18 November ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, ia diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Selasa setelah mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Sebanyak sembilan mukim terlibat iaitu Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai dan Lenggeng .

Sementara itu PKPD di penjara dan kuarters perumahn Penjara Seberang Perai yang dijadualkan berakhir pada 5 November ini dilanjutkan sehingga 18 November.

PKPD di penjara zon utara dan zon Selangor pula ditamatkan pada 4 November.

Related posts

Leave a Comment