KUALA LUMPUR 6 Dis. – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menegaskan parti itu akan terus memperkukuhkan dan mempertahankan Kerajaan Perpaduan, kata Setiausaha Agung UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berkata, keputusan itu selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat MKT UMNO malam ini, beliau berkata, UMNO juga bersetuju untuk menguatkan asas kerjasama yang dipersetujui bersama antara parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia. Ia termasuk melalui perjanjian yang telah dimeterai terutamanya berkenaan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu,…
Read MoreDay: December 6, 2023
Isham Jalil kekal pendirian protes UMNO bersama DAP
KUALA LUMPUR 6 Dis. – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil tetap dengan pendirian tidak akan menghadiri mesyuarat MKT yang dipengerusikan oleh Dr Ahmad Zahid Hamidi dan selagi parti itu bersama DAP pada pilihan raya. “Saya sudah kata sebelum ini yang saya kekal dengan pendirian untuk protes dan selagi dia membuat keputusan untuk pergi pilihan raya dengan DAP saya protes dan tidak akan hadir mesyuarat yang dia pengerusikan dan dia veto keputusannya “Ini penggal kedua saya dalam Majlis Tertinggi, saya sudah boleh baca apa yang dia akan buat…
Read MorePresiden UMNO nakhoda gagal
KUALA LUMPUR 6 Dis. – Pas akan terus berusaha menyelamatkan pemimpin dan ahli UMNO dari terus karam sama ada menyelamatkan kapal UMNO atau menjemput mereka menyertai kapal yang lain. Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan berkata, bagi Pas, usaha perpaduan ummah tidak pernah akan bernoktah. Beliau yang menyifatkan Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi nakhoda gagal yang sedang membawa kapalnya karam berkata, ‘anak-anak kapal’ sekelilingnya tidak ada yang berani menegur. “Bahkan hanya berperanan menjadi tukang ampu sedangkan sangat jelas kapal yang sedang dinaiki karam sedikit demi sedikit,”…
Read MoreZahid sifatkan Pas ‘gila talak’
PUTRAJAYA 6 Dis. – : Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengganggap Pas seperti ‘gila talak’ susulan kenyataan pemimpin parti itu yang tidak menolak untuk bekerjasama semula dengan UMNO di sebalik sejarah ‘pahit’ hubungan sebelum ini. Presiden UMNO itu berkata, UMNO setakat ini belum terbuka hati untuk menjalinkan kerjasama dengan parti Pas. “Mungkin ada pihak yang telah kegilaan talak kerana mereka pernah berada dalam kerajaan dahulu. Alangkah sakitnya apabila mereka mempunyai kerusi yang banyak tetapi mereka terus jadi pembangkang. “Kita harap mereka terus berdoa, untuk tidak melakukan ‘kekencingan’ (penipuan) sekali lagi kepada…
Read More4 produk kosmetik mengandungi racun berjadual
PUTRAJAYA 6 Dis. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membatalkan notifikasi empat jenis produk kosmetik setelah dikesan mengandungi racun berjadual termasuk merkuri, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan. Beliau berkata, empat produk itu adalah Bestie Moisturizer Cream, Abyra Seaweed Skin Care- Seaweed Cell Renewal Night Cream, Gerbera Beauty – Treatment and Repairing Night Cream dan Gerbera Beauty – Whitening Night Cream. Dua daripada produk terbabit iaitu Bestie Moisturizer Cream dan Abyra Seaweed Skin Care-Seaweed Cell Renewal Night Cream dikesan mengandungi merkuri manakala, Gerbera Beauty Treatment mengandungi Hydroquinone, Tretinoin…
Read MoreGegaran gempa bumi di Manila
MANILA: Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud melanda pulau Luzon, menyebabkan penduduk mengosongkan bangunan di ibu negara Filipina, Manila semalam. Susulan itu, agensi seismologi dalam hantaran di X memberi amaran tentang gegaran susulan. Ia merekodkan gempa bumi luar pesisir pada magnitud 5.9, dengan kedalaman 79 kilometer (km). Pusat gempanya adalah sekitar 130 km dari wilayah ibu kota. Imej yang dikongsi di X menunjukkan pekerja kerajaan meninggalkan kongres, senat, istana presiden, bangunan kementerian kehakiman. Pelajar juga mengosongkan universiti. Kementerian Pengangkutan menghentikan operasi kereta api di ibu negara manakala tiada kerosakan di landasan…
Read MoreBerita pilihan…
Korban Merapi meningkat 22 orang
JAKARTA: Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi pendaki yang hilang akan diteruskan hari ini selepas jumlah kematian akibat letupan gunung berapi Marapi di Indonesia melonjak kepada 22 orang. Angka korban meningkat daripada 13 orang kepada 22 orang, apabila penyelamat menemui lebih ramai pendaki yang terkorban berhampiran kawah. Gunung berapi setinggi 2,891 meter (m) di Sumatera Barat meletus Ahad lalu, memuntahkan abu setinggi 3 kilometer (km) ke langit. Indonesia, yang berada dalam “Lingkaran Api” mempunyai lebih daripada 100 gunung berapi aktif. Marapi adalah salah satu gunung berapi paling aktif di pulau…
Read MoreHak istimewa Melayu tetap dipertahan
PUTRAJAYA 6 Dis. – Kerajaan Perpaduan tetap mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Justeru Perdana Menteri menyifatkan menuduh Kerajaan Perpaduan menyisihkan orang Melayu dan menentang Islam adalah politik dan fitnah menjijikkan. Beliau turut mengakui, naratif berkenaan terlalu kuat dan menebal, selain kebencian melampau ditanamkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di mana kaedah itu disifatkan sebagai ghuluw (melampau) dan ghurur (obses). Perdana Menteri berkata demikian dalam Wawancara Khas Setahun bersama Kerajaan Madani: Tiwikrama Perdana Menteri malam tadi. Beliau yang juga…
Read More